Adakah Ini Punca Mengapa Skuad Gajah Perang Dibaham Harimau Malaya?

Ronaldo on the SPL growth since his arrival Loading official content
Ronaldo on the SPL growth since his arrival
Cristiano Ronaldo spoke about the development of the Saudi Pro League since he joined the league as one of its first big stars.
0 seconds of 1 minute, 2 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:02
01:02
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Monaco's first training session in Doha Arteta: 'Much more to come from Merino' Xavi back in Leipzig training after the winter break Anderson's first training as Barito Putera player Guardiola on Savinho and De Bruyne's recent form Behind the scenes: Arema's win at Semen Padang Outstanding debut moves showcasing PSG's new stars in action Kaka's strike from outside the box vs Atlanta United Juventus start the year 2025 with Suppercoppa preparations in Riyadh Best in the world: Vini Jr is honored at CBF headquarters Lihat lebih video Saudi Pro League di OneFootball

Ketiadaan Chanathip Songkrasin dikatakan menjadi punca utama mengapa skuad Gajah Perang gagal untuk memijak Harimau Malaya ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi saingan King Cup malam semalam.

Bintang Kawasaki Frontale itu terpaksa dikeluarkan pada awal aksi babak pertama permainan kerana dibelenggu masalah kecederaan dan hal itu dikatakan telah merosakkan perancangan Alexandre Polking dalam perlawanan tersebut.

Dari awal beliau dilantik sebagai pengendali skuad kebangsaan Thailand pada Oktober 2021 yang lalu, Polking dikatakan terlalu bergantung kepada kemampuan Chanathip Songkrasin.

https://twitter.com/bb_sports_id/status/1573137598436052995?t=gpBiwhciwiKGw7BehZ4PUw&s=19

Beliau dianggap tiada perancangan tambahan seandainya pemain attacking midfielder itu tidak bermain dan segala perancangan beliau akan berakhir dengan kegagalan andai Chanathip tiada di atas padang.

Lihat saja ketika aksi dalam saingan AFF yang lalu, skuad Thailand jelas sekali terlalu bergantung kepada kemampuan Chanathip untuk muncul juara pertandingan terbesar di rantau Asia Tenggara itu.

Chanathip menjadi nadi penting yang membawa Thailand layak ke pentas perlawanan akhir menewaskan Vietnam di peringkat separuh akhir.

Bintang handalan Thailand itu juga menjadi wira skuad Gajah Perang ketika menewaskan Indonesia di pentas perlawanan akhir saingan AFF 2020.

Ketika Thailand beraksi di pentas kelayakan Piala Asia 2023, Polking sebenarnya mati kutu kerana beliau kehilangan Chanathip yang ketika itu terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Skuad Gajah Perang ketika itu boleh dikatakan sedikit bernasib baik kerana hanya memiliki Uzbeskistan sahaja sebagai kuasa besar yang perlu mereka hadapi.

Mereka dilihat sangat bergelut pada ketika itu kerana ketiadaan Chanatiph dan jelas sekali jentera serangan Thailand tidak berfungsi dengan baik.

Jentera serangan Thailand benar-benar tumpul ketika ketiadaan Chanathip dan kerana itulah ramai peminat mendakwa Polking akan hilang idea jika beliau kehilangan pemain terpentingnya itu.

https://twitter.com/StartingSportID/status/1573255668144156672?t=onTekx5p1JpNnTxjSARraQ&s=19

Ketika aksi bertemu Malaysia malam semalam, Thailand dilihat bergelut untuk mencari gol penyamaan dan ia bukan hanya kerana pemain pertahanan dan penjaga gol lawan beraksi dengan cemerlang, tetapi ia juga kerana mereka tidak kreatif dan tumpul ketika melancarkan serangan.

Thailand terpaksa menunggu hingga ke minit-minit akhir masa tambahan untuk memadam gol pendahuluan Malaysia yang dijaringkan oleh Corbin Ong.

Pansa Hemviboon menjadi wra Thailand kerana berjaya untuk menjaringkan gol penyamaan seterusnya membawa perlawanan ke aksi penentuan sepakan penalti.

 

Walau bagaimanapun, kecemerlangan Syihan Hazmi menafikan sepakan penalti Supachok mengesahkan kejayaan Malaysia menewaskan Thailand untuk layak ke pentas perlawanan akhir saingan King Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN