ANALISIS: Taktikal “Jerat Tekanan” Malaysia Yang Berjaya Hasilkan Gol Menentang Thailand

Malaysia berjaya mara ke pentas akhir saingan King’s Cup di Stadium 700th Anniversary of Chiang Mai, dengan menundukkan Thailand menerusi aksi penentuan sepakan penalti 4-3.

Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 sehingga minit akhir permainan, dan perlawanan terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti bagi menentukan pasukan mana yang layak ke pusingan final bagi bertemu Tajikistan, 25 September nanti.

Dalam analisis kali ini, kami akan berkongsikan bagaimana susunan jerat tekanan (Pressing Traps) berjaya membantu Harimau Malaya untuk menghadapi ‘key moments in the game’ seperti ketika Malaysia berada dalam fasa serangan, fasa bertahan, serta transisi permainan, sekali gus membantu mereka untuk menjaringkan gol di babak pertama menerusi La’vere Corbin Ong yang menerima hantaran lintang cantik daripada Safawi Rasid.

Namun sebelum itu, mari kita saksikan terlebih dahulu kesebelasan utama kedua-dua pasukan bagi menghadapi perlawanan ini.

Kesebelasan utama

Thailand: Kampol Pathomakkakul (penjaga gol), Theerathon Bunmathan, Pansa Hemviboon, Kritsada Kaman, Supachok Sarachat, Thitipan Puangchan, Supachai Jaided, Bordin Phala, Weerathep Pomphan, Narubadin Weerawatnodom, Chanathip Songkrasin (ketua pasukan)

Malaysia: Syihan Hazmi (penjag gol), Matthew  Davies, Faisal Halim, Darren Lok, Safawi Rasid, Arif Aiman, Khuzaimi Piee, Nor Azam Azih, Brendan Gan, Dion Cools (ketua pasukan), La’vere Corbin Ong

Struktur Harimau Malaya yang fleksibel. 

Jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memulakan perlawanan ini dengan sistem 3-4-3, dan struktur bertahan Harimau Malaya disusun secara 5-2-3 / 5-3-2 menerusi blok tinggi – blok tengah, bagi menganggu percubaan Thailand untuk menyusun gerakan serangan mereka secara teratur.

Namun, antara salah satu perkembangan positif yang dipamerkan Harimau Malaya semenjak ketibaan Pan-gon ke skuad kebangsaan adalah dari aspek struktur pasukan yang fleksibel serta tidak ‘rigid’.

Profil pemain-pemain yang mendapat panggilan kali ini turut membantu dalam melicinkan lagi susunan struktur ini, di mana pertukaran posisi dalam kalangan pemain membolehkan Malaysia menghadapi setiap ‘key moments’ yang berlaku dalam perlawanan ini.

Malaysia turut mengambil pendekatan menyusun kedudukan pemain-pemain dengan jarak yang ideal bagi membolehkan mereka menyediakan ”jerat tekanan”, bagi segera melakukan ‘counter pressings’ terhadap lawan sebaik mereka kehilangan penguasaan bola.

Ia sekali gus membolehkan mereka melancarkan transisi permainan pantas di kawasan Thailand.

Aspek ‘overloading’ turut dituntut dalam perlawanan ini setiap kali Malaysia memperoleh peluang untuk melakukan serangan di kawasan kotak penalti Thailand.

Organisasi taktikal yang dijelaskan di atas boleh dilihat menerusi susunan serangan ketika Malaysia menjaringkan gol pertama perlawanan.

Meskipun bermula dengan sistem bek bertiga, struktur pasukan Malaysia ketika memperoleh penguasaan bola dilihat fleksibel, di mana pemain seperti Matt Davies yang sudah biasa bermain di posisi ‘fullback’ kanan dalam sistem bek berempat, serta pertahanan tengah kanan dalam sistem bek bertiga, membolehkan Malaysia menyusun organisasi ”build-up play” mereka secara fleksibel.

Menerusi gambar di atas, Malaysia menyusun struktur serangan mereka secara 4-2-3-1, bagi menolak Davies dan Corbin Ong ke kedudukan yang lebih tinggi, serta dibantu oleh gandingan ‘pivot berkembar Brendan Gan-Azam Azih yang akan sentiasa berada di belakang garisan tekanan pertama pemain Thailand.

Pemain-pemain negara turut mengekalkan jarak yang ideal di antara mereka sebagai persiapan untuk menyediakan jerat tekanan.

Sebaik pemain Thailand berpeluang merampas penguasaan bola menerusi transisi permainan, struktur jerat tekanan yang telah disediakan ini membolehkan pemain-pemain negara melakukan ‘counter pressings’ dengan segera bagi merampas kembali penguasaan bola.

Ia juga melancarkan serangan balas pantas di kawasan pihak lawan.

Respon positi yang ditunjukkan pemain-pemain negara ketika berada dalam fasa transisi serangan melicinkan lagi organisasi serangan balas Malaysia.

Perhatikan Davies yang sudah mula melakukan larian bagi menyerang ruang terbuka sebaik Safawi menerima hantaran bola daripada Arif Aiman.

Aspek ‘overloading’ yang dituntut pasukan membolehkan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik ketika hantaran lintang dilakukan oleh Davies.

Thailand berjaya mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya, namun jerat tekanan yang disediakan Malaysia membantu pasukan negara memenangi semula penguasaan bola.

Safawi yang turut diberikan posisi fleksibel dalam perlawanan ini membantu beliau dalam melakukan tugasan terapung (floating) bagi mencipta situasi ‘overloading’di bahagian tengah.

Ia juga membolehkanya untuk memperoleh kesempatan dalam aspek ruang dan masa bagi melakukan hantaran-hantaran merbahaya kepada rakan sepasukan.

Hantaran lintang berkualiti kepada Corbin Ong yang menyerang bahagian ‘far post’ Thailand membantu Malaysia menjaringkan gol pertama perlawanan ini.

Meskipun Thailand melancarkan serangan bertali arus sehingga berjaya menyamakan kedudukan di minit-minit terakhir perlawanan, organisasi bertahan serta faktor kecemerlangan individu seperti penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi yang mempamerkan aksi menyelamat penting termasuk satu sepakan penalti daripada Supachok Sarachat membuatkan Thailand terpaksa berputih mata.

Thailand bakal bertemu Trinidad & Tribago dalam penentuan tempat ketiga dan keempat saingan King’s Cup, manakala cabaran sebenar bakal menanti Harimau Malaya menjelang aksi final bertemu Tajikistan 25 September nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN