Selain Kena Maki, Messi Turut Kenyang ‘Makan’ Penampar De Paul

Rodrigo de Paul dilihat telah menampar dan memaki hamun Lionel Messi ketika kedua-dua mereka sedang menyertai sesi latihan bersama skuad kebangsaan Argentina.

Messi bersama rakan sepasukannya pada ketika ini sedang berada di Miami untuk jalani sesi latihan menjelang aksi pemanas badan bertemu Honduras dan Jamaica.

Telah tular sebuah video pada ketika ini yang menunjukkan bagaimana bintang Atletico Madrid, De Paul dan penyerang Paris Saint Germain, Messi sedang saling mengusik ketika mereka sedang menjalani sesi latihan.

Messi ketika itu dilihat ada bercakap sesuatu kepada De Paul sebelum bintang Atletico itu menampar muka beliau dan turut menghamburkan kata-kata kesat kepadanya.

Walau bagaimanapun, selepas De Paul melayangkan penampar lemah ke muka Messi, rakan sepasukannya, Leandro Paredes dilihat segera menenangkan keadaan dan menarik bintang Atletico itu ke tepi.

Menurut sumber laporan dari media Sepanyol, Mundo Deportivo, De Paul dikatakan memaki Messi dengan menyatakan:

“Adakah kamu bodoh, Leo?”

Kedua-dua mereka kemudiannya saling ketawa dan tiada pergaduhan yang berlaku antara mereka selepas itu.

Laporan sama turut menyatakan yang kedua-dua mereka sebenarnya hanya bergurau dan video pendek itu sebenarnya tidak bermaksud apa-apa.

De Paul dan Messi merupakan antara pemain terpenting dalam skuad Argentina pada ketika ini, dengan mereka bakal menjadi pemain harapan untuk membantu skuad kendalian Lionel Scaloni itu untuk menjulang gelaran Piala Dunia di Qatar nanti.

Argentina selepas ini akan turun beraksi bertemu Honduras di Hard Rock Stadium, Miami pada Jumaat nanti sebelum mereka turun bertemu Jamaica pada malam Selasa.

Enam hari sebelum sepak mula Piala Dunia nanti, Argentina akan sekali lagi turun dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu United Arab Emirates.

Di pentas Piala Dunia Qatar nanti, Argentina akan beraksi dalam saingan kumpulan C bersama Arab Saudi, Mexico dan Poland.

Lionel Messi jelas sekali sangat berharap beliau akan mampu membantu Argentina untuk menjuarai saingan Piala Dunia kali ini sebelum beliau bersara penuh dari dunia bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN