9 Permintaan ‘Gila’ Messi Yang Barcelona Tak Mampu Tunaikan

Lionel Messi

Kisah antara Lionel Messi dan juga Barcelona sudah lama berakhir dengan kedua-dua entiti sekarang sudah membawa haluan masing-masing.

Messi yang kini bersama Paris Saint-Germain (PSG) bagaimana pun masih lagi terpalit dengan Barcelona walau macam mana sekali pun.

Terkini, telah terbongkar kisah beberapa syarat yang diberikan oleh Messi kepada Barcelona ketika perbincangan kedua-dua pihak untuk kontrak baharu.

Messi dikatakan meletakkan beberapa syarat untuk memastikan namanya kekal di Barcelona namun begitu ada yang tidak dapat ditunaikan oleh kelab itu.

Apakah syarat-syaratnya itu? Adakah ianya tak masuk akal? Kami tonjolkan semuanya kepada anda:

Membuang klausa perlepasan

Seperti yang kita semua tahu, Barcelona adalah sebuah kelab yang gemar meletakkan klausa perlepasan yang tidak masuk akal sebagai tanda pemain itu bukan untuk dijual kepada pasukan lain.

Dalam permintaanya, Messi meminta agar klausa perlepasan beliau yang bernilai €700 juta (RM3.1 bilion) diturunkan kepada €10 ribu (RM45 ribu) sahaja supaya memudahkan pemain itu berpindah ke kelab lain semahunya.

Ini adalah satu daripada tiga permintaan Messi yang dinafikan Barcelona.

Kontrak tiga tahun

Kesetiaan Messi kepada Barcelona amat sukar untuk dinafikan oleh siapa-siapa. Malah, ketika kariernya sudah memasuki fasa penghujung, beliau meminta lanjutan kontrak selama tiga tahun.

Lanjutan untuk tempoh tersebut dianggap lama untuk diberikan kepada pemain berusia 33 tahun ketika itu dan ini sukar untuk ditunaikan oleh Barcelona.

Bonus kerana perbaharu kontrak

Messi meminta bonus kerana bersetuju menerima lanjutan kontrak dengan nilai €10 juta (RM45 juta) dan ini adalah satu daripada tiga permintaan yang tidak diterima Barcelona.

Permintaan itu dilihat terlalu tinggi dengan hanya Kylian Mbappe sahaja yang mendapat bonus sejumlah itu ketika bersetuju untuk kekal di PSG.

Potongan gaji dibayar balik

Ramai pemain di Barcelona menerima potongan gaji oleh pihak kelab akibat masalah kewangan yang dihadapi dan Messi juga mengalami nasib sama.

Pemain tersebut bersetuju gajinya dikurangnya tetapi meletakkan syarat untuk Barcelona membayar balik jumlah gaji yang dipotongnya termasuk faedah sebanyak 3%.

Gaji seiring cukai

Messi turut meminta agar gaji bersihnya kekal di tahap yang sama tidak kira berapa tinggi cukai dikenakan oleh kerajaan Sepanyol.

Gila betul permintaan ini.

Ruang khas untuk Messi dan Suarez

Messi turut meminta agar Barcelona menyediakan satu ruangan khas atau private box di Nou Camp untuk dirinya dan seluruh ahli keluarga.

Bukan itu saja, Messi turut meminta perkara yang sama diberikan kepada Luis Suarez dan keluarganya untuk digunakan pada bila-bila masa.

Perjalanan balik kampung ditaja

Messi turut meminta Barcelona menyediakan jet peribadi untuk digunakan bersama-sama ahli keluarga ketika musim perayaan.

Beliau meminta agar kelab menyediakan jet peribadi dengan perjalanan dua hala untuk digunakan ketika pulang menyambut Krismas di Argentina.

Duit untuk abang

Messi juga meminta Barcelona agar membayar komisen kepada abangnya iaitu Rodrigo jika kontrak baharu dipersetuju oleh kedua-dua pihak.

Apa yang menjadi persoalan adalah Rodrigo ketika itu adalah ejen kepada Ansu Fati dan jika lanjutan kontrak ini berjaya maka dia akan memperoleh dua kali bayaran hasil urus niaga Messi dan pemain muda itu.

Senang betul buat duit ya.

Penggunaan pembantu peribadi

Messi turut meminta agar Barcelona terus menggaji Pepe Costa yang bertindak sebagai pembantu peribadi pemain itu ketika tahun terakhirnya di Nou Camp.

Akibat pandemik, kerjaya Costa dilihat berada dalam bahaya namun Messi mahu memastikan pembantunya itu tidak menganggur dan terus bekerja untuknya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN