Manchester United menang selesa ke atas Middlesbrough semalam. Namun statistik dan aksi mereka di dalam perlawanan tersebut membuatkan kami menggariskan 2 isu utama.
1. Peranan Rashford
Rashford telah menjadi penggempur yang sangat tajam musim lalu. Ia seperti cerita Kylian Mbappe musim ini di AS Monaco.
Namun setelah Rashford ditolak ke bahagian sayap, ketajaman pemain ini agak merosot di bahagian tersebut.
Sebagai perbandingan, musim lalu Rashford telah melakukan 16 cubaan, 7 daripadanya dihadang, jadi hanya 9 cubaan gol. Tetapi, daripada 9, 8 adalah cubaan tepat.
5 lagi telah menerjah gawang. Ini bermakna, beliau merekodkan ketepatan 89% daripada cubaan gol beliau.
Musim ini Rashford hanya mencatatkan 56% sahaja cubaan tepat. Ianya selepas 26 cubaan, 8 dihadang.
Bermakna 18 cubaan ke arah gol dilepaskan. 10 adalah cubaan tepat dan hanya 3 (16%) sahaja yang menerjah gawang.
Jadi, posisi penyerang sayap agak sukar untuk Rashford. Ia seakan-akan memberikan kesan kepada ketajaman beliau.
Ia bukan isu kurang peluang, banyak peluang sebenarnya Rashford daripada peranan penyerang sayap. Cuma impak adalah kepada ketajaman.
Kesannya jelas dalam perlawanan menentang Middlesbrough semalan, ketika dia bermain sebagai penyerang utama, beliau banyak mensia-siakan peluang.
2. Mourinho perlukan bek tengah yang baru
Dalam perlawnaan semalam, Smalling dan Jones beraksi teruk sekali. Ini bukan pertama kali mereka beraksi di bawah par.
Namun United banyak diselamatkan De Gea sejak beberapa musim dengan gandingan bek tengah mereka. Marcos Rojo nampak lebih baik namun beliau ada isu dengan konsistensi.
Smalling adalah bek tengah yang kerapkali gagal melakukan clearance segera ataupun sering terleka. Beliau lambat membuat keputusan.
Jones pula banyak melakukan cabaran yang tidak tepat dan berisiko untuk penalti. Pemain ini terlalu lemah dalam membuat keputusan tetapi sangat keras dari segi fizikal.
Eric Bailly pula kerapkali berhadapan dengan kecederaan. Nampaknya, Mourinho harus merekrut bek tengah baru selepas ini.
Baca juga: Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?