Quantcast
Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?


BERITA

Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?

Monday, 20 Mar 2017

Adakah Azraai Khor Abdullah akan kembali ke dunia kejurulatihan?

Bekas jurulatih pasukan Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Perak dan Sabah itu dikhabarkan bersedia untuk menerajui pasukan tercorot Liga Super – lapor sumber Arena Harimau Malaysia.

Bersedia

Tempoh hari, pengurusan pasukan Pulau Pinang dan bekas jurulatih iaitu Ashley Westwood sudah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Dalam masa yang sama, pihak pengurusan telah berkata pencarian jurulatih baharu sudah pun bermula dan kini beberapa nama sudah mula disebut-sebut.


Gambar: TNP

Antaranya adalah Azraai, hasil sumber kami di AHM mengatakan beliau sendiri sudah bersedia untuk mengendalikan pasukan Pulau Pinang itu pada bila-bila masa.

Hal ini ditambah kerana terdapat beberapa pemain yang berasal dari Pulau Pinang merupakan anak didiknya.

4 calon lain

Tambahan lagi, pengurusan Pulau Pinang juga dikatakan telah menyenarai pendek 4 lagi nama-nama lain yang terdiri daripada bekas jurulatih mereka sendiri dan bekas pengendali skuad kebangsaan.


Selain Azraai, mereka juga menyenarai pendek bekas jurulatih Pulau Pinang sendiri iaitu Merzagua Abderrazak yang ternyata boleh menjadi calon utama kerana reputasi popular beliau dalam kalangan peminat pasukan Pulau Pinang.

Selain itu, Dato’ K. Rajagopal yang merupakan bekas pengendali skuad kebangsaan juga dikatakan berada dalam radar Pulau Pinang untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ashley Westwood.

2 lagi calon adalah bekas jurulatih pasukan Selangor dan Pahang iaitu Zainal Abidin Hassan serta bekas pengendali Selangor dan Negeri Sembilan iaitu K. Devan.

Jadi penyokong Pulau Pinang, siapakah yang anda mahu untuk menjadi jurulatih pasukan anda?


Baca juga: Hampir 6 Tahun Tersekat Di Gol Ke-99, Pemain Ini Akhrinya Jaringkan Gol Ke-100

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Azraai Khor Abdullah Sedia Terajui Pasukan Pulau Pinang?



Berita Bola Yang Menarik