Siapakah Penentu Sebenar Masa Depan Bola Sepak Negara?

Tanggal 25 Mei 2014 menyaksikan pemilihan FAM yang paling sengit dalam sejarah. Sudah tentu ramai yang menganggap pemilihan ini sengit kerana sudah berdekad lamanya tampuk pemerintahan Presiden FAM tidak dicabar.

Namun bagi perwakilan sendiri, mungkin apa yang sebenarnya ditumpukan ialah habuan daripada tender hak penyiaran Liga M, yang pemenangnya bakal dipilih oleh kepimpinan FAM baru. Sudah ada penampakan tanda ‘$’ pada anak-anak mata.

Kongres hari itu bermula dengan ‘gegaran’ apabila Presiden FAM mengumumkan untuk menarik diri daripada pemilihan. Akhirnya, FAM bakal memiliki Presiden yang baru setelah 30 tahun. Dan desakan daripada kempen PFSLJ (Presiden FAM Sila Letak Jawatan) oleh para penyokong bola sepak seluruh negara kelihatan menampakkan hasil.

Seterusnya, Naib Presiden FAM Subahan Kamal pula tewas 1 undi dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden, kepada kem lain dari negeri yang sama.

Kemudian tiba masanya untuk keputusan undian jawatan Presiden diumumkan. Tengku Abdullah diumumkan meraih 24 undi, manakala Tunku Ismail, 15 undi.

Dengan perbezaan hanya 9 undi dan tanpa majoriti 2/3, undian telah diadakan untuk kali kedua bagi tujuan pengesahan. Apa yang pelik ialah keputusan bagi undian kedua ini telah berubah – Tengku Abdullah disahkan sebagai pemenang, kali ini dengan 27 undi.

Dalam masa beberapa minit, 3 orang perwakilan telah mengubah pendirian mereka. Adakah perwakilan-perwakilan yang tidak memiliki pendirian yang jelas ini merupakan individu yang tepat untuk mewakili kita?

Walau apapun, inilah barisan perwakilan yang telah menentukan masa hadapan bola sepak negara.

Siapa yang menjadi perwakilan?

Jikapun boleh mendesak, namun realitinya para penyokong tidak memiliki undi untuk menentukan kepimpinan FAM.

Soh Chin Aun seorang legenda bola sepak, tidak boleh memilih Presiden FAM. Irfan Bakti tidak boleh memilih Presiden FAM. Lim Teong Kim, tidak boleh memilih Presiden FAM.

Para jurulatih boleh memilih wakil tunggal mereka yang akan mengundi, namun akhirnya terpulang kepada si wakil untuk memangkah calon yang mana pada hari undian.

Perlu diingat bahawa walaupun Exco FAM mengambil bahagian dalam Kongres FAM, namun mereka juga tiada hak mengundi.

Jadi pada hari pemilihan, individu seperti Bendahari FAM juga mengharapkan kepada undi daripada perwakilan untuk dipilih semula menjadi Exco. Hari pemilihan ialah waktu di mana Exco berada pada kedudukan yang paling ‘vulnerable’.

Siapakah yang berkuasa melantik perwakilan? 39 perwakilan daripada 20 ahli gabungan FAM adalah dipilih oleh Presiden atau setiausaha ahli-ahli gabungan tersebut.

Perwakilan-perwakilan ini akan membawa surat pentauliahan yang ditandatangani oleh Presiden ataupun Setiausaha mereka. Presiden atau Setiausaha ahli gabungan ini juga, boleh memilih diri sendiri sebagai perwakilan.

Siapakah yang membarisi perwakilan yang mungkin bakal menentukan masa hadapan bola sepak negara? Kebanyakan maklumat berikut masih dipaparkan di laman web rasmi FAM. Para penyokong, sila betulkan jika salah:

Perlis
1. Azhar Ahmad – Timbalan Presiden
2. Dato’ Che Sulaiman Shapie – SU Agung

Kedah
1. Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah – Presiden
2. Dato’ Aminuddin Omar – SU Agung

Pulau Pinang
1. Zairil Khir Johari – Presiden
2. Wan Hamidi Hamid – SU Eksekutif

Perak
1. Dato’ Seri Abdul Puhat Mat Nayan – Presiden
2. Datuk Jamal Mohd Aris – SU Kehormat

Selangor
1. Dato’ Seri Subahan Kamal – Naib Presiden
2. Rosman Mohd Ibrahim – SU Agung

Kuala Lumpur
1. Datuk Seri Adnan Md Ikhsan – Presiden
2. Nokman Mustaffa – SU Agung

Negeri Sembilan
1. Dato’ Seri Utama Mohammad Hassan – Pengerusi
2. Dato’ Abdul Halim Abdul Latif – SU Kehormat

Melaka
1. Datuk Seri Idris Haron – Presiden
2. Noor Azman Rahman – SU Agung

Johor
1. Dato’ Ismail Karim – Presiden
2. Mohd Fahmy Yahya – SU Kehormat

Pahang
1. Datuk Seri Muhammad Safian Ismail – Timbalan Presiden
2. Fuzzemi Ibrahim – SU Kehormat

Terengganu
1. Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman – Presiden
2. YM Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil – SU Agung

Kelantan
1. Datuk Rosmadi Ismail – Naib Presiden
2. Dato’ Ismail Md. Noor – SU Agung

Sarawak
1. Datuk Posa Majais – Presiden
2. Razali Dorhan – SU Agung?

Sabah
1. Datuk Seri Panglima Musa Aman – Presiden
2. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan – Timbalan Presiden 1

ATM
1. Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor – Presiden
2. Mejar Mohd Ashmir Adnan – SU Agung

PDRM
1. Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim – Presiden
2. ACP Zulkefly Yahya – SU Kehormat

Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia
1. Isham Shahruddin – Presiden
2. Nazeri Hussain – SU Kehormat

Football Association of Chinese Malaysian
1. Dato’ Jeffrey Low Han Chau – Presiden
2. SU Kehormat?

Malaysian Indian Sports Council
1. Dato’ S. Subramaniam – Presiden
2. K Santhana Raju – SU Kehormat

Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia
1. B. Satiananthan – Presiden

Anda kenal individu-individu ini? Anda pernah melihat muka mereka di stadium?

Selain jawatan-jawatan yang dipertandingkan seperti Presiden, Timbalan Presiden dan sebagainya, terdapat juga jawatan-jawatan yang dilantik iaitu Setiausaha Agung dan Bendahari.

Sudah pasti Tunku Ismail dan Tan Sri Annuar sudah memiliki calon untuk mengisi jawatan-jawatan yang sangat penting ini.

Kesimpulan

Walaupun para penyokong telah mengikuti industri bola sepak negara, dan para profesional bola sepak telah sekian lama menabur bakti untuk industri berkenaan, namun akhirnya kedua-dua golongan ini tiada suara untuk menentukan masa hadapan bola sepak negara.

Masa hadapan bola sepak negara terletak di tangan 39 perwakilan ahli-ahli gabungan FAM.

Apa yang kita boleh buat ialah mendesak mereka agar memilih calon yang berkuasa mengambil tindakan jika terdapat bukti salah laku di dalam FAM.

Ia menjadikan FAM telus dan memiliki akauntabiliti terhadap kita, serta merombak perjanjian hak penyiaran antara FAM dan MP & Silva.

Seterusnya memastikan hasil hak penyiaran dikembalikan kepada pasukan untuk kelestarian pendapatan sekaligus mengelakkan kebergantungan kepada kerajaan,  di samping meningkatkan mutu persaingan liga dan yang paling penting – mengangkat martabat Tanah Tumpah Darah kita di mata dunia.

Walau apapun pilihan perwakilan, khalayak penyokong bola sepak memerhatikan. Dan penyokong bola sepak kini, bukanlah penyokong bola sepak yang dahulu.

Nota artikel: Artikel ini merupakan tulisan Rimau XII di Facebook. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan tulisan anda dalam bentuk MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Hutang Punya Pasal, Lassana Diarra Ugut Mogok Jika Marseille Enggan Lepaskan Beliau

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN