Hutang Punya Pasal, Lassana Diara Ugut Mogok Jika Marseille Enggan Lepaskan Beliau

Diarra dikatakan mengancam untuk mogok sekiranya Marseille engga melepaskan beliau. Diarra menyertai Marseille sebagai ejen bebas pada musim 2015/16.

Lassana Diarra bukanlah nama asing dalam bola sepak dunia. Namun era beliau sudah menuju ke akhir karier.

Pada awalnya, Olympique Marseille keberatan untuk berbuat demikian kerana mereka merasakan ia satu kerugian melepaskan pemain percuma.

Namun difahamkan Diarra menerangkan hal sebenar yang beliau perlukan duit dari China itu untuk membayar hutang beliau.

Diarra masih berhutang £6.8 juta dengan kelab lama beliau Lokomotiv Moscow kerana melanggar kontrak (breach of contract).

Pada 2014, Diarra telah meninggalkan kelab Lokomotiv Moscow tanpa persetujuan kelab tersebut untuk menamatkan khidmat beliau.

Kelab Russia tersebut telah membawa kes tersebut ke Mahkamah Abitrari Sukan. Mereka berjaya menang pertuduhan dan Diarra diminta membayar pampasan £6.8 juta.

Beliau ketika itu dikatakan mahu mengejar tawaran daripada Manchester United dan Valencia. Malangnya bak kata orang, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Terbaru, kelab China, Shanghai Luneng dikatakan mahu mendapatkan khidmat beliau dengan bayaran yang jauh lebih lumayan daripada sekarang.

Beliau ingin mencuba untuk ke China sebelum jendela perpindahan Chinese Super League ditutup pada 26 Februari ini.

Marseille akhirnya terpaksa bersetuju untuk melepaskan Diarra atas persetujuan bersama (mutual consent) dengan status pemain ditamatkan kontrak.

Dalam kenyataan rasmi kelab di twitter, Olympique Marseille hanya mengesahkan penamatan kontrak pemain itu dan tidak mengucapkan terima kasih langsung di atas khidmat bakti beliau.

Di laman web rasmi kelab pun mereka hanya menyatakan:

“Olympique de Marseille dan Lassana Diarra telah menamatkan kontrak atas persetujuan bersama, berkuat kuasa hari ini.”

“Beliau menyertai kelab ini secara percuma pada musim 2015-16, Lassana Diarra berkhidmat 1 musim setengah di Olympique Marseille.”

Harap Lassana Diarra sempat mengejar kelab China tersebut, jangan jadi macam sebelum ini pula.

Agak ironi apabila beberapa minggu lalu, Dmitri Payet mendesak West Ham untuk pergi ke Marseille. Kali ini Diarra pula melakukannya kepada Marseille.

Baca juga: Ospina Akan Diturunkan Menentang Bayern Munich Kerana ‘Perjanjian’?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN