Kontrak Andik Vermansah Akan Disambung Oleh Selangor!

Andik Vermansah akan mendapat kontrak lanjutan dari pasukannya kini – Selangor.

Ia dapat disahkan oleh agen beliau iaitu Muly Munial menerusi info yang kami terima dari Arena Harimau Malaysia dan juga kompas.com .

Bersifat sementara

Muly telah bertemu oleh dengan pihak FAS bagi membincangkan mengenai status Andik yang disisihkan oleh skuad Selangor.

“Saya telah bertemu dengan pihak FAS untuk membincangkan mengenai status Andik. Dan mereka telah jelaskan segalanya kepada saya.”

“Pihak FAS telah memaklumkan yang kontrak Andik akan disambung oleh pasukan Selangor, dan mereka juga telah memberitahu kepada saya yang pengambilan Juliano Mineiro hanyalah bersifat sementara sahaja.”

Menurut Muly lagi, Mineiro yang menggantikan Andik untuk pemain import kouta Asia telah tahu akan status beliau yang hanya direkrut Selangor untuk jangka masa pendek sahaja.

Selangor memerlukan khidmat pemain import untuk mengharungi saingan jangkaan 18 perlawanan yang terpaksa diharungi mereka tanpa Andik. Kerana itulah Mineiro dipilih untuk mewakili Selangor buat sementara.

Namun begitu, Muly tetap tidak menolak kemungkinan yang Andik akan pergi meninggalkan Selangor.

Hal ini kerana Andik dan agennya itu tidak terburu-buru untuk menandatangani kontrak baru kerana faktor masalah kewangan yang dihadapi Selangor ketika ini.

“Kami tidak terburu-buru untuk mengajak Andik berbincang mengenai kontrak baharu. Di Indonesia ada 2, 3 pasukan yang mahukan Andik.”

Baru-baru ini, Persijap Jepara secara terbuka mahu mendapatkan khidmat Andik.

Baca juga: Andik Vermansah Diburu Kelab Indonesia, Persijap Jepara Antara Yang Berminat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN