Bekas Penyerang Kedah Rafdi Rashid Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya

Rafdi Rashid yang merupakan bekas penyerang Kedah dikhabarkan terlibat dalam insiden kemalangan jalan raya baru-baru ini.

Beliau terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya melibatkan pelanggaran diantara motosikal dengan motosikal yang lain.

Patah bahu kanan

Rafdi Rashid mengalami kecederaan yang agak teruk di sebelah kanan badan beliau.

Rafdi mengalami patah bahu kanan selepas beliau mengalami pelanggaran melibatkan motosikal dan motosikal dan kini beliau sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star.

Beliau masih lagi dirawat di wad buat masa ini dan keadaan beliau stabil.

Rafdi merupakan bekas pemain bola sepak yang pernah bermain untuk Kedah, Perak, Perlis dan juga Sarawak dari tahun 1998 hingga tahun 2008.

Beliau juga merupakan sebahagian daripada skuad projek Olimpik negara pada tahun 2000.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan agar Rafdi cepat sembuh dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca juga: Siapakah Penentu Sebenar Masa Depan Bola Sepak Negara?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN