Pep mahukan saya kekal di Barcelona! Itulah luah Ronaldinho baru-baru ini.
Terlalu banyak spekulasi tentang kenapa Ronaldinho meninggalkan Barcelona.
Ramai yang mengaitkan ia dengan Pep Guardiola.
Pep Guardiola dikatakan tidak menyukai Ronaldinho dan mahu menjadikan Messi sebagai pemain utama beliau.
Ronaldinho berkata ketika Pep Guardiola dilantik menjadi pengurus kelab Catalan itu pada 2008, Pep pada awalnya mahukan dia kekal di Barcelona.
Ronaldinho ketika itu menikmati musim kelima beliau di Barca. Beliau menjadi pemain utama Frank Rijkaard untuk memecahkan dominasi Los Blancos.
Kemudian media Sepanyol menyatakan Pep Guardiola tidak gemarkan cara Ronaldinho yang malas datang ke pusat latihan dan suka berfoya-foya.
Walau bagaimanapun, Ronaldinho menafikan hal itu an berkata Pep Guardiola sebenarnya mahukan dia kekal.
Tetapi Ronaldinho kemudian memilih untuk keluar dari Barcelona.
Menurut Ronaldinho:
“Apabila Pep tiba pada tahun 2008 beliau datang berjumpa dengan saya,”
“Beliau berkata beliau mahukan saya dalam pasukan, dan sangat berharap agar saya terus kekal saya.”
“Saya menghargainya tetapi saya tahu bahawa kitaran karier saya di Barca telah pun berakhir dan saya memutuskan untuk pergi.”
“Saya tidak pernah ada rasa sakit hati ketika meninggalkan kelab ini kerana mereka adalah keluarga saya.”
“Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Pep. Ini kerana adiknya Pere sangat rapat dengan saya ketika saya bersama Nike.”
Ronaldinho sebelum itu menyertai Barcelona dari Paris St. Germain dan telah membantu kelab tersebut menjadi gergasi utama Eropah.
Beliau turut menikmati karier terbaik di kelab dan juga pasukan kebangsaan.
Ronaldinho kini kembali sebagai duta kelab tersebut dan akan aktif mempromosi kelab tersebut bersama-sama dengan UNICEF.
Beliau juga akan bekerja dalam satu projek khas dipanggil La Masia 360.
Baca juga: Ke Mana Hilangnya Chris Kiwomya? Bintang Arsenal Yang Dipinjam Selangor!