ASEAN Super League (ASL) sekali lagi mengalami masalah dari segi penganjuran selepas jawatan kuasa ASL membuat keputusan untuk menangguhkan sekali lagi liga terbabit.
Ia terhasil daripada mesyuarat khas ahli jawatan kuasa AFF yang dilangsungkan di Singapura baru-baru ini.
Tertangguh lagi
Memurut bekas presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) Zainudin Nordin, beliau berkata pelan untuk melaksanakan ASL sekali lagi terpaksa ditangguhkan walaupun ia sebenarnya dalam ia dalam proses untuk dilaksanakan.
Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkata ASL belum berjaya mendapatkan komitmen dari semua pihak. Jadi beliau memberikan bayangan liga tersebut tidak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat.
Apa itu ASL?
ASEAN Super League akan dijadikan sebagai liga antara kelab-kelab ASEAN melibatkan 10 pasukan.
Ia melibatkan 5 buat negara ahli AFF dimana Singapura, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina akan menghantar 2 wakil dari liga masing-masing ke liga tersebut.
Pada pelan awal, wakil ASL dari Malaysia dijangka akan dipilih dari pasukan yang menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-3 dan ke-4.
ASEAN Super League dilangsungkan dalam format seperti Indian Super League (ISL) dimana selepas saingan liga, akan wujud peringkat play-offs.
Dalam masa yang sama, pasukan yang bermain di ASL akan beroperasi secara francais seperti pasukan-pasukan di Major League Soccer.
Tak diundang
Namun begitu, cadangan mewujudkan ASL ini tidaklah diterima oleh semua pihak.
Pemain Liverpool yang pernah bermain di Tampines Rovers iaitu Jermaine Pennant berkata ASL ini hanya akan merugikan bola sepak Singapura.
“Saya tak rasa ASL ini akan memberikan manfaat kepada Singapura jika pemain-pemain terbaik di liga ini terpaksa bermain di liga lain. Saya dapat bayangkan peminat tak dapat terima keputusan itu.”
Tengku Mahkota Johor (TMJ) juga memberikan pandangan yang sama iaitu tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
“Saya tak bersetuju dengan cadangan ASL ini. Hal ini kerana bola sepak Asia Tenggara masih lagi mentah, jadi lagi elok kita fokus sahaja untuk jadi sehebat bola sepak Eropah.”
“Sasaran kita yang tertinggi adalah AFC Champions League, jadi ASL ini bukan dalam radar saya.”
Baca juga: Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM