Quantcast
Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Calon Terbaik Jadi Presiden FAM
BERITA

Lelaki Ini Beri 9 Dalil Kenapa TMJ Layak Jadi Presiden FAM

Thursday, 26 Jan 2017

Baru-baru ini, kami telah mendapatkan kebenaran dari pemilik Facebook bernama Peter Vladimir untuk kami siarkan status beliau mengenai Tengku Mahkota Johor (TMJ).

Dalam statusnya, beliau memberikan 9 dalil mengapa TMJ layak menjadi presiden FAM.

Jom baca tulisan beliau!

Aku baru lepas tengok nama-nama yang dicalonkan untuk jawatan Presiden FAM dan aku sokong TMJ walaupun aku haters JDT.

Semua orang tahu aku haters JDT, aku benci JDT sampai ke tulang hitam. Tapi aku ada sebab sendiri kenapa aku nak baginda dilantik sebagai Presiden FAM. Haters pun haters jugak tapi bab rasional kena rasional dan ini sebab-sebabnya.

1. TMJ tak sayang duit

Pemain cakap je nak apa untuk latihan, baginda pastik akan keluarkan wang untuk itu.

Nak kolam renang? Nak windmill? Nak beban berat seberat 500kg? Nak bola besi? Nak rumput cantik? Nak guna teknologi garisan gol? Nak tambah sijil kursus pengadil? Nak protein untuk naikkan berat badan? Nak jurulatih luar?

Aku jamin 100% baginda akan keluarkan duit beli semua tu!

2. Tiada ruang untuk alasan

Infrastruktur tu aku pasti 100% baginda akan sedia semua, selebihnya terpulang kepada pemain sahaja sama ada mereka nak gunakan atau tidak.

Kalau pemain bagi alasan tak reti perangkap bola, baginda akan cakap baginda dah bagi jurulatih yang power.

Kalau pemain cakap kalah sebab tak pandai gelecek bola, baginda akan cakap baginda dah beli agility ladder, beli massage ball, training hurdles, dan lain-lain.

Jadi kalau Malaysia kalah bawah pimpinan baginda, ia salah pemain dan pengurus dan bukan lagi salah FAM.

Sebaliknya ia adalah salah pemain, biar gagap pemain nak bagi alasan lepas ni.

3. TMJ tak boleh pilih bulu

TMJ tak boleh pilih bulu sebab pemain bola yang berasal dari Johor tak berapa ramai dekat je Malaysia ni.

Rasanya ada la dalam 50 orang dan semua 50 tu ‘kaki bangku’ hingga tak melayakkan mereka nak masuk senarai pemain kebangsaan.

Kalau pilih bulu pun setakat masukkan pemain JDT. Aku pasti TMJ tak mahu timbul desas-desus begitu lantas mengelak sebaik mungkin dari memasukkan pemain JDT ke dalam pasukan melainkan pemain itu betul-betul mempamerkan prestasi tinggi.

4. TMJ banyak duit

Wahai pembaca semua, apakah punca rasuah berlaku? Bijak!

Rasuah jadi bila orang tiada duit dan orang yang paling banyak rasuah ni orang politik.

TMJ pula ada banyak duit, harta baginda bertimbun. Tak payah pergi jauh, tengok duit J-CORP pun dah banyak.

Itu pun belum masuk duit baginda yang dalam perniagaan lain lagi. Baginda tak pandang langsung rasuah-rasuah ni sebab duit baginda dah banyak.

5. Kita ada NFDP!

Kita sekarang ada National Football Development Plan (NFDP) yang diselia oleh Lim Teong Kim.

Kalau aku ingat balik temuramah-temuramah Lim, beliau memang ada sebut yang beliau menyokong apa yang TMJ buat kepada JDT khususnya dan Liga Malaysia amnya.

Perkara ini penting untuk masa depan bola negara. Bila jurulatih NFDP dan presiden satu kepala, sasaran lebih mudah untuk dicapai.

Bayangkan Lim Teong Kim yang pernah latih pemain bertaraf dunia pun nak bekerjasama dengan TMJ, inikan lagi kita yang ilmu bola sekadar mengingat fakta Google.

6. Darah diraja

Kapasiti TMJ sebagai seorang kerabat diraja. Dan ia sangat penting.

Kenapa? Dengan status tersebut, baginda boleh buat banyak benda. Misalnya melobi FIFA dan AFC untuk jadi tuan rumah apa-apa kejohanan.

7. Personaliti TMJ sendiri

Dalam aku menjadi haters. Aku perati TMJ seorang yang bercita-cita tinggi, tegas, ada cara kerja yang baik, sanggup berkorban, mesra penyokong, dan gemar mencontohi pasukan yang lebih maju.

Borussia Dortmund dan Real Madrid misalnya yang banyak menjadi rujukan baginda. Paling koman pun baginda akan letakkan pasukan-pasukan tu sebagai penanda aras.

8. Sikap prihatin TMJ

Satu perkara yang acap kali baginda timbulkan ialah isu gaji, mutu pengadilan dan bayaran hak penyiaran.

Ini dah tahun 2017, dan liga kita yang bertaraf professional dah berusia 24 tahun.

Patutnya bila dah bertaraf professional, tak ada dah isu gaji ni semua. Aku pasti jika baginda jadi Presiden FAM, perkara pertama baginda tetapkan ialah “mana-mana pasukan yang gagal membayar gaji pemain lebih dari 2 bulan akan digantung dari liga berkuatkuasa serta-merta.”

Ingat, Tunku Ismail tak suka alasan. Baginda tak mahu dengar alasan pemain tak boleh fokus game sebab takde gaji.

Lagi satu, mutu pengadilan pun baginda akan tambah baik.

Gaji pengadil misalnya akan dinaikkan. Selepas tu hal bayaran hak penyiaran, jangan harap baginda akan bagi muka dah dekat stesen TV.

Ini zaman teknologi dah banyak alternatif kalau stesen TV enggan bekerjasama.

9. Kerana aku haters

Seorang haters sangat kenal dengan orang yang dia benci. Barangkali lebih kenal berbanding seseorang yang menyayangi. Semudah itu teorinya.

Harapan aku kalau TMJ jadi presiden, baginda tunaikanlah janji-janjinya dan ubahlah apa yang baginda selalu kritik.

Misalnya Artikel 88, jadilah presiden yang mesra penyokong, mesra media, hadir ke perlawanan akhir, tegas, dan banyak lagi benda yang tak dibuat presiden terdahulu.

Okay sudah sampai sini saja, aku nak sambung jadi haters balik.

Oh ya! Kalau kau hebat, kau boleh bangkang semua 9 dalil yang aku bagi ni. Kalau tak reti bangkang, kau belum cukup ilmu lagi nak jadi haters.

Baca juga: Jawatan Presiden FAM: Siapa Yang Paling Layak Diantara Semua?

Rujukan

  1. Peter Vladimir
Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi



Berita Bola Yang Menarik