Barcelona Belasah Real Sociedad Untuk Mara Ke Separuh Akhir Copa Del Rey

Barcelona belasah Real Sociedad dalam aksi Copa Del Rey awal pagi tadi untuk mara ke saingan separuh akhir Copa Del Rey.

Kemenangan tersebut membolehkan Barcelona layak dengan aggregat 6-2.

Klinikal

Barcelona belasah Real Sociedad boleh kita katakan sebagai bukti keberkesanan Barcelona di bahagian serangan.

Hal ini kerana, mereka menjaringkan 5 gol semalam ketika menewaskan Real Sociedad!

5 gol dari 4 penjaring berbeza memberikan kemenangan selesa buat pasukan yang kini ditangga ke-3 La Liga.

Denis Suarez menjaringkan gol pertama pada minit ke-17 dan itu merupakan gol tunggal ketika separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, 6 lagi gol terhasil dari kedua-dua pasukan.

Bermula dengan penalti Lionel Messi pada minit ke-55, Juanmi kemudiannya mengurangkan defisit gol untuk Real Sociedad pada minit ke-62.

Baru seminit Juanmi menyamakan kedudukan, Luis Suarez tambah kembali garam di luka Real Sociedad menerusi golnya pada minit ke-63.

Willian Jose menjaringkan gol kedua Real Sociedad 10 minit kemudian. Tetapi Barcelona kembali dengan 2 lagi gol menerusi Arda Turan pada minit ke-80 dan Denis Suarez pada minit ke-82.

Lebih ambil peluang

Jika dilihat pada statistik perlawanan, Real Sociedad sebenarnya menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola dan percubaan.

Hal ini dapat dilihat apabila pasukan pelawat menguasai 55% penguasaan berbanding 45% sahaja untuk Barcelona.

Real Sociedad juga menguasai jumlah percubaan dengan 10 percubaan berbanding 8 sahaja untuk Barcelona.

Namun begitu, Barcelona mempunyai 6 percubaan tepat ke arah pintu gol dan kesemua percubaan tepat mereka berjaya menembusi gawang Real Sociedad.

Dengan kemenangan ini, Barcelona akan bertemu sama Atletico Madrid, Alaves atau Celta Vigo.

Kesebelasan utama:

Barcelona: Jasper Cillessen (penjaga gol), Sergi Roberto, Gerard Pique, Samuel Umtiti, Jordi Alba, Denis Suarez, Javier Mascherano, Andre Gomes, Lionel Messi (kapten), Luis Suarez, Neymar

Real Sociedad: Geronimo Rulli (penjaga gol), Aritz Elustondo, Raul Navas, Inigo Martinez, Yuri Berchiche, Xabi Prieto (kapten), Asier Illaramendi, David Zurutuza, Carlos Vela, Willian Jose, Mikel Oyarzabal

Baca juga: Ini Adalah Sasaran Najib Razak Untuk Pasukan Harimau Malaysia Menjelang 2050

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN