Maradona: “Saya Bersyukur Kerana Tuhan Lahirkan Messi Sebagai Orang Argentina”

Diego Maradona bersyukur kerana Lionel Messi dilahirkan dalam kalangan orang Argentina.

Diego Maradona baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mempertahankan Lionel Messi dari kecaman semua pihak.

Messi dikecamkan kerana beliau bukanlah pemain terbaik di dunia kerana tidak pernah memenangi Piala Dunia.

Cemerlang di kelab, teruk bersama negara

Messi seperti yang kita tahu merupakan pemain terbaik dunia sebanyak 5 kali.

Beliau juga memenangi banyak piala bersama dengna Barcelona. Beliau menjuarai 5 gelaran La Liga serta 4 kejuaraan UEFA Champions League.

Namun begitu, itu cerita Messi bersama dengan Barcelona. Dengan Argentina, ia merupakan kisah yang berbeza.

Bersama Argentina, Messi gagal mempunyai sebarang gelaran utama bersama negaranya.

Messi tewas 3 kali diperlawanan akhir Copa America serta tewas di perlawanan akhir Piala Dunia 2014 ditangan Jerman.

Apa yang Messi ada bersama Argentina cumalah pingat emas Sukan Olimpik Beijing 2008. Itu pun di peringkat B-23 tahun.

Kegagalannya memperoleh gelaran di peringkat antarabangsa bersama Argentina telah membuka ruang kepada pengkritik untuk ‘membantai’ beliau.

Bersyukur

Walaupun sering dikecam kerana gagal bersama Argentina. Namun, Maradona tetap mempertahankan pemain Barcelona itu.

Maradona yang memenangi Piala Dunia 1986 bersama Argentina berkata yang beliau tak akan maafkan sesiapa yang kata Messi bukan pemain yang dahsyat di dunia ini.

“Saya tak akan maafkan orang yang kata Messi bukan pemain yang dahsyat kerana beliau gagal menang Piala Dunia.”

“Peduli apa saya kalau dia tak menang Piala Dunia atau tidak. Di usia saya yang 56 tahun ini, saya tak jumpa lagi orang main bola sebaik beliau.”

Maradona juga bersyukur kerana Tuhan mengurniakan orang-orang hebat dalam kalangan rakyat Argentina.

“Saya sangat bersyukur kerana Tuhan lahirkan Messi sebagai orang Argentina. Di Argentina kita ada ramai orang hebat, antaranya Messi, Pope dan juga saya.”

Maradona juga berkata Messi tidak boleh disalahkan 100% diatas kegagalan bersama skuad Argentina.

“Kenapa nak salahkan dia seorang? Kalau dia tak ada Piala Dunia dia tetap pemain terbaik di dunia.”

“Dulu, saya menang Piala Dunia 1986 kerana saya bermain bersama-sama dengan rakan sepasukan yang hebat seperti Ricardo Giusti, Nery Pumpido dan Oscar Ruggeri.”

Baca juga: Barcelona Belasah Real Sociedad Untuk Mara Ke Separuh Akhir Copa Del Rey

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN