England FA cadang peraturan lebih ketat untuk menghukum para pemain yang melakukan simulasi atau diving ketika dalam aksi perlawanan bola sepak.
Perkara ini dilakukan untuk menghalang masalah pemain melakukan simulasi untuk mendapatkan sepakan percuma atau sepakan penalti dari pengadil yang sudah semakin tidak terkawal dalam bola sepak Inggeris.
Boleh diatasi
England FA telah menghantar wakil mereka ke Scotland untuk mempelajari bagaimana peraturan untuk menghukum pemain yang melakukan simulasi.
Di Scotland, pemain yang melakukan kesalahan simulasi akan diberikan hukuman pergantunggan 2 perlawanan. Ia jauh lebih keras berbanding peraturan yang digunapakai di England.
Di England, pemain yang melakukan simulasi akan dianggap sebagai “tidak menunjukkan semangat kesukanan” dan jika tindakan itu dikesan pengadil, pemain akan diberikan amaran sahaja.
Di Scotland, pemain Heart of Midlothian iaitu Jamie Walker dihukum Scotland FA dengan hukuman pergantunggan 2 perlawanan selepas melakukan simulasi yang “mendorong kepada pengadil untuk melakukan keputusan yang salah” ketika menentang Celtic.
https://www.youtube.com/watch?v=wIG7zG4UtTs
Bagi pengurus Burnley Sean Dyche, beliau sangat bersetuju dengan tindakan England FA untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan mengetatkan lagi peraturan mereka.
Menurut Dyche, jika hukuman terhadap pemain yang melakukan simulasi dilaksanakan dengan lebih ketat. Ia akan ‘menyembuhkan’ bola sepak daripada masalah pemain melakukan simulasi.
Di England, kebanyakan akhbar di sana melaporkan beberapa pemimpin tertinggi di England FA telah mendesak agar pengenalan peraturan baharu untuk pemain yang melakukan simulasi diselesaikan dengan segera.
Ini membuktikan England FA komited untuk membunuh gelaja pemain melakukan simulasi di liga-liga profesional di England.
Semakin menjadi-jadi
England FA cadang peraturan baharu ini selepas pemain Hull City, Robert Snodgrass tampil membuat permohonan maaf diatas perbuatan beliau melakukan simulasi demi mendapatkan sepakan penalti untuk pasukannya ketika menentang Crystal Palace.
Selain itu juga, Dele Alli juga pernah menerima kecaman diatas tindakan beliau melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti ketika perlawanan menentang Swansea City tempoh hari.
Diharap dengan tindakan England FA cadang peraturan baharu ini dapat membantu meningkatkan mutu permainan bola sepak di masa akan datang.
Baca juga: Neymar Pemain Termahal Di Dunia Bukan Messi Atau Ronaldo