Adakah JDT Akan Jalin Kerjasama Dengan King Power?

Semalam dalam satu post di facebook Johor Souther Tigers mendapat perhatian laman Football Forward Thailand. FFT turut menjangkakan kemungkinan King Power akan menjadi rakan JDT.

JST dalam post mereka memberikan gambaran TMJ dan Aiyawatt Srivaddhanaprabha sedang berbincang tentang potensi kerjasama dalam bidang sukan bola sepak dan polo.

Siapakah Aiyawatt Srivaddhanaprabha?

Beliau adalah anak kepada pemilik King Power iaitu Vichai Srivaddhanaprabha. Beliau dan ayahnya masing-masing memegang status Billionaire.

Apa Itu King Power

Bagi peminat EPL, nama ini bukan asing lagi. King Power adalah syarikat perniagaan bebas cukai yang besar.

Mereka telah menjadi penaja utama Leicester City untuk melakar sejarah ketika menjadi pasukan yang mencipta magis dalam Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/16.

Mereka bermula dengan konsesi tunggal (sole concession) di lapangan terbang Don Mueang. Selepas itu mereka berkembang ke peringkat lebih besar. Mereka mulai menguasai lanpangan terbang Bangkok.

Tidak lama selepas itu ia menjadi jenama global untuk kdai bebas cukai di lapangan terbang. Mereka memiliki kira-kira 7,000 kakitangan di seluruh dunia.

Pada 2014, mereka merekodkan keuntungan bersih U$D1.8 billion.

Pemilikan Leicester City

Pada 2010, pemilik King Power Vichai Srivaddhanaprabha telah mengikut jejak Datuk Vincent Tan untuk memiliki kelab bola sepak di England.

Vichai Srivaddhanaprabha telah membeli Leicester City pada 2010 dan mendapat hak penuh kepada stadium dengan menamakannya King Power Stadium.

Kejayaan terbesar mereka sudah pasti akan dikenang sampai bila-bila. Mereka berjaya menjuarai EPL dengan skuad yang dianggap underdog.

Anak lelaki Vichai, Aiyawatt Srivaddhanaprabha pernah berkata. Bola sepak bukanlah satu perniagaan untuk juara semata-mata. Ia lebih daripada itu.

Jika mereka mahu mencari kelab yang boleh juara, mereka tidak akan membeli Leicester. Apa yang mereka lakukan adalah kerana cinta kepada sukan ini dan mahu menikmati suasana bola sepak pada setiap minggu bersama penyokong.

Jika benar King Power menjalinkan kerjasama dengan JDT, ia adalah langkah besar JDT untuk mengukuhkan lagi kewangan kelab. King Power ada latar belakang yang sangat baik dalam penajaan bola sepak.

Buat masa ini, kita sama-sama menunggu perkembangan berita ini.

Baca juga: Jersi Kedah 2017 Tampil Perbezaan 360 Darjah Antara AL Sports Dengan Warrix

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN