Jersi Kedah 2017 Tampil Perbezaan 360 Darjah Antara AL Sports Dengan Warrix

Seperti yang dijangka, jersi Kedah 2017 menampilkan perbezaan 360 darjah dengan jersi Kedah 2016. Perbezaan ini sememangnya dijangka apabila pengeluar jersi Kedah bertukar daripada Warrix kepada AL Sports bermula musim 2017.

Bagi sebuah pasukan yang mempunyai kelompok penyokong yang besar, minat terhadap jersi Kedah 2017 sememangnya sangat tinggi.

Seawal bulan Februari 2016 lagi, Google sudah mengesan trend carian ‘jersi Kedah 2017’. Musim 2016 baru bermula, penyokong Kedah sudah mula cari rekaan jersi Kedah 2017? Dahsyat!

Baru-baru ini, Semuanya BOLA diberi peluang eksklusif oleh AL Sports untuk mengendalikan sesi fotografi jersi Kedah 2017. Antara pemain Kedah yang terlibat dalam sesi tersebut adalah:

  • Sandro Mendonca
  • Liridon Krasniqi
  • Baddrol Bakhtiar
  • Amirul Hisyam
  • Syafiq Ahmad
  • Khairul Helmi Johari

Peluang ini kami gunakan sebaiknya untuk melihat dan menilai rekaan 3 jersi terbaru Kedah – home, away dan third. Dan kami nyata tak kecewa dengan hasil kerja AL Sports.

1. Rekaan jersi minimalistik dan kemas

Jika anda sukakan elemen simetri dalam rekaan jersi (contoh: jersi away Jerman EURO 2016, jersi home Republik Czech EURO 2016), anda akan menyukai rekaan jersi home dan away Kedah.

Kami dapat melihat AL Sports mengambil pendekatan lebih konservatif berbanding Warrix pada musim lepas.

Jika pada musim lepas Warrix menerapkan motif ‘W’ di jersi home Kedah dan motif ‘belang tembikai’ di jersi away, AL Sports pula menerapkan motif ‘chevron’ di jersi home dan motif ‘striped shades’ di jersi away.

Dari segi pemilihan warna juga menunjukkan perbezaan 360 darjah antara AL Sports dengan Warrix.

Pada musim lepas, Warrix menggunakan warna kuning garang dan hijau lembut di jersi home. Pada musim ini, AL Sports menggunakan warna kuning lembut dan hijau garang di jersi home Kedah.

Jersi away Kedah keluaran AL Sports pada musim ini juga menampilkan perbezaan ketara dengan jersi away keluaran Warrix pada musim lepas.

Pada musim ini, AL Sports menampilkan warna merah dan hijau. Kedua-duanya berwarna garang. Dan sekali nampak, ia mirip jersi Portugal semasa EURO 2016.

Dari segi potongan jersi, AL Sports menggunakan potongan sama dengan jersi ‘player issue’ Perak 2016.

2. Kualiti heat press printing yang sangat cemerlang

Satu perkara yang boleh penyokong Kedah jangkakan daripada jersi Kedah 2017 adalah kualiti cetakan heat press mereka yang sangat cemerlang. Inilah antara aspek positif yang dinikmati penyokong Perak pada musim lepas. Terutamanya di jersi player issue.

Cetakan heat press di jersi Kedah 2017 sangat tajam dan tepat.

Kualitinya sangat cemerlang sehinggakan anda boleh nampak perincian logo PKNK yang kecil di bahu jersi.

Kualiti cetakannya juga membuatkan kerja ‘mengopek’ cetakan tersebut hampir mustahil.

Cetakan heat press di jersi Kedah 2017 juga tahan daripada kitaran basuhan yang banyak.

Jika anda menterbalikkan jersi dan membasuhnya dengan air sejuk, cetakan ini akan kekal sampai bila-bila.

3. Perincian jersi yang merecik

Maafkan bahasa kami. Ini kerana perkataan ‘menghecik’ jugalah yang bakal disebut oleh penyokong Kedah sebaik sahaja melihat dan menyentuh jersi Kedah 2017.

Dalam jersi Kedah 2017 kali ini, AL Sports menambah beberapa perincian pada jersi mereka:

  • tag AL sebagai penaja rasmi jersi Kedah 2017
  • moto ‘Biar Jasa Jadi Kenangan’ di belakang, dalam jersi
  • tag ‘Genuine’ menandakan jersi adalah asli

4. Fabrik jersi ringan, mesra alam dan sejuk

Jersi Kedah 2017 dilengkapi dengan teknologi SmartDRY untuk mempercepatkan proses penyejatan peluh pemakainya. Teknologi inilah yang memberi rasa ‘sejuk’ dan peluh tak melekit kepada pemakainya ketika berpeluh.

Selain itu, fabrik jersi Kedah 2017 juga mendapat sijil Eco Passport dari OEKO-TEX; sebuah badan pengiktirafan kualiti tekstil dari Switzerland.

Pengiktirafan Eco Passport ini bermakna jersi Kedah 2017 diperbuat daripada bahan-bahan mesra alam. Jadi penyokong Kedah boleh memakai jersi ini dengan kesedaran bahawa mereka telah menyumbang kepada kehijauan planet kita.

Rumusan

Secara keseluruhannya, pemain-pemain Kedah menyukai jersi Kedah 2017. Liridon sempat bergurau dengan berkata “I feel like playing in the World Cup,” ketika menyarung jersi away Kedah yang baru.

Jika penyokong Kedah bertanya kepada penyokong Perak mengenai kualiti jersi keluaran AL Sports, jawapannya pasti positif.

Kualiti produk tempatan kini sudah setanding produk luar negara. Tetapi pada harga yang jauh lebih berpatutan!

Kepada penyokong-penyokong Kedah Darul Aman!

Anda boleh mendapatkan jersi Kedah 2017 yang asli (player issue dan fans issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA, SBX. Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017
SBX – Kedah 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN