Zachary Michael Anderson, Bakal Bek Tengah Pasukan Kedah!

Berita yang semakin bertiup kencang menyatakan Tan Cheng Hoe sudah menemui pemain bek tengah beliau. Zachary Michael Anderson!

Zachary adalah pemain yang baru berusia 25 tahun dari Australia. Beliau berketinggian 1.91m. Kedah sebelum ini melepaskan Bang Seung Hwan.

Namun Bang Seung Hwan bukanlah bek tengah tulen. Beliau adalah converted centre back. Kemasukan Zachary pastinya diharap akan memberikan kualiti yang lebih baik kepada pasukan Kedah.

Salah satu masalah utama pasukan Kedah pada musim lalu adalah kerap melepaskan gol mudah dalam perlawanan. Namun masalah itu nampak diperbaiki dalam 3 bulan terakhir saingan domestik.

Kredit pastinya kepada penjaga gol mereka Ifwat Akmal.

Karier Zachary bermula dengan Gold Coast United pada 2009. Pemain ini beraksi dengan beberapa lagi kelab Australia sebelum berkelana ke UAE.

Versatility Dan Menuju Kemuncak

Pemain ini sememangnya pemain bek tengah. Namun beliau boleh beraksi di mana-mana posisi bertahan termasuk tengah bertahan, bek sisi (kiri/kanan).

Zachary Anderson of the Mariners contests the ball against Jean Carlos Solorzano of the Roar during the round 13 A-League match between the Central Coast Mariners and the Brisbane Roar at Central Coast Stadium on December 27, 2014 in Gosford, Australia. (Photo by Ashley Feder/Getty Images)

Pemain bola sepak biasanya akan menuju kemuncak prestasi pada usia 27 tahun. Dalam model Simon Kuiper, beliau percaya pemain pertahanan adalah sekitar 29 tahun.

Jadi dari segi peak, ia adalah transaksi yang baik jika benar berlaku kerana pemain ini baru 25 tahun. Cuma cabaran pemain dari luar adalah untuk memahami gaya bola sepak liga Malaysia.

Harus diingat, pemain dari Australia biasanya cepat untuk untuk serasi dengan suasana bola sepak di negara kita.

Ketika kami menulis artikel ini tadi, media rasmi Kedah FA baru membuat pengumuman ini.

Jangan lupa hadir ke acara pengenalan pasukan dan penaja pasukan Kedah esok. Bolehlah jumpa pemain baru ini.
Pengumuman rasmi akan dibuat setelah tandatangan pada kertas kontrak!

Baca juga: Jersi Kedah 2017 Tampil Perbezaan 360 Darjah Antara AL Sports Dengan Warrix

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN