Pemain Football Manager Ini Terbang 3 Ribu Batu Untuk Tonton Pasukannya Beraksi ‘Live’

Tak disangka-sangka, seorang peminat Ayr United dari Kanada berjaya untuk bertemu dengan pasukan yang ‘diuruskannya’.

Kenapa kami katakan ‘diuruskannya dan bukannya ‘disokongnya’? Kami bongkar dalam artikel ini.

Wira Football Manager

Quill Glaude merupakan seorang pemuda yang berasal dari Kanada akhirnya berjaya bertemu dengan wira-wira beliau yang beliau jumpa di permainan Football Manager (FM).

Dalam permainan tersebut, beliau menjadi pengurus kelab Scottish Championship iaitu Ayr United. Dan sejak menguruskan kelab itu, beliau terus menjadi peminat kepada kelab tersebut.

Beliau nyata gembira kerana akhirnya berjaya untuk bertemu dengan wira-wira beliau di dalam FM selepas membuat keputusan untuk terbang dari Kanada ke Somerset Park di Ayr untuk menyaksikan Ayr United beraksi.

Glaude yang juga seorang Youtuber, sering memasukkan video beliau bermain FM di dalam saluran Youtubenya. Hasilnya, Glaude berjaya memperoleh lebih 400 ribu pengikut di alam maya.

Rata-rata pengikut beliau nyata teruja melihat cara beliau menguruskan pemain-pemain Ayr United seperti Gary Harkins, Nicky Devlin dan Paul Cairney.

“Saya sukakan pemain seperti Paul Cairney. Beliau merupakan pemain yang agresif yang sering mencipta peluang untuk menjaringkan gol.”

Menurut Glaude, saluran Youtube beliau mempunyai 100 ribu pengikut yang benar-benar mengikuti siri beliau bermain FM.

“Saya cukup gembira kerana kebanyakan komen dari penonton video saya adalah positif.”

Tak minat bola

Glaude tiba di Somerset Park untuk menyaksikan perlawanan diantara Ayr United menentang Dunfirmline Athletic tempoh hari.

Malang bagi Glaude, perjalanan jauh beliau sedikit tidak berbaloi apabila pasukanny tewas 2-0.

Namun selepas perlawanan, beliau menuju ke sebuah pub untuk bertemu dengan peminat-peminat beliau.

Di pub tersebut, beliau dan para peminatnya bertemu beramah mesra serta mengambil gambar bersama-sama.

Glaude juga mendedahkan yang beliau sebenarnya bukanlah peminat bola sepak pada mulanya.

Semuanya berlaku ketika beliau pergi ke Perancis untuk menonton kejohanan Piala Eropah, ketika itu rakanya yang memperkenalkan kepada permainan Football Manager.

“Ramai pengikut saya di Eropah cadangkan saya untuk bermain Football Manager, saya pun cubalah dan pilih Ayr United kerana bandar Ayr ada kena mengena dengan isteri saya.”

Baca juga: Data Pemain SB: Brian Ferrera (Johor Darul Ta’zim)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN