Jorge Pereyra Diaz, Senjata Utama Mario Gomez Mengejutkan Bola Sepak Malaysia

Jorge Pereyra Diaz bukanlah nama yang asing untuk peminat bola sepak Malaysia. Beliau adalah kegemaran di Larkin namun sangat kurang disukai di tempat lain.

Selain daripada sikap yang ala-ala diva siapa yang dapat menafikan bakat dan kehebatan beliau. Memang kadangkala pemain yang hebat ni ada fiil mereka sendiri untuk mengekalkan mental dan ego mereka pada tahap tertinggi.

Diaz Raja Di Zon 14

Johor Darul Ta’zim player Jorge Pereyra Diaz in action during 2016 Malaysia Super League match against Felda United at Larkin Stadium, Johor. Photo by rizanizam/www.asiana.my

Zon 14 adalah kawasan hole. Ia juga disebut kawasan between the line. Anda mungkin harus merujuk artikel Apakah Zon 14 (Kawasan Paling Berbahaya Di Padang) Dalam Bola Sepak?

Formasi Taktikal Di Malaysia

Berdasarkan pemerhatian kami, selain daripada formasi 4-4-2, formasi 4-3-3 antara pilihan utama jurulatih. Sistem sokongan ke atas penyerang utama tidak begitu kompleks di Malaysia.

Ramai jurulatih memilih untuk mennggunakan 2 penyerang, biasanya gandingan 2 penyerang import yang tipikal no.9 target man.

Dalam bola sepak moden sudah ramai jurulatih meninggalkan sistem penyerang klasik berkembar kerana mahu mewujudkan lebih animasi di lapisan kedua terakhir serangan.

Isu ini pernah kami kupas dalam artikel bertajuk : Adakah Pasukan Kita Hanya Tahu Guna Sistem Klasik Target Man Sebagai Sistem Serangan?

Sistem Sokongan Penyerang Mario Gomez

Ketika tiba di Malaysia, Mario Gomez cuba membentuk satu sistem serangan dengan seorang target man dan seorang lagi penyerang bayangan ataupun shadow striker.

Namun ketika dia tiba di JDT, Diaz sedang dalam tempoh pinjaman ke Independiente. Jadi Mario Gomez banyak bergantung kepada tenaga Syafiq Rahim sebagai pemain yang menyokong penyerang utama.

Hikmahnya adalah, Syafiq Rahim menikmati musim terbaik dalam hidup beliau termasuk menjadi Pemain Paling Berharga untuk kejohanan Piala AFC 2015.

Peranan Syafiq Rahim adalah advance playmaker. Sesuatu yang Safiq Rahim sendiri mungkin tidak tahu dia adalah tipikal pemain yang ada kemampuan bermain peranan tersebut.

Sebelum ini dia banyak bermain sebagai pemain tengah menyerang ataupun pemain tengah bertahan yang lebih terhad (limited).

Diaz Dan Zon 14

Beliau adalah otak kepada sistem JDT. Kenapa di peringkat domestik dia sangat hebat dan menjadikan Liga Malaysia seperti taman permainan?

Salah satu daripada sebabnya adalah sistem pertahanan. Ada pasukan melakukan kesilapan mengawal Diaz secara tight man marking.

Peraturan asas ketika berhadapan dengan pemain yang terapung (translasi langsung dari floating) adalah jangan sesekali menanda mereka dengan sistem kawalan pemain ke pemain.

Hendaklah ada sistem tandaan zonal yang sistematik. Ini adalah contoh kesilapan yang dilakukan Irfan Bakti ketika mengarahkan Carlos Maragoni menanda Diaz secara pemain ke pemain.

Ia mirip kepada peranan central winger yang dimainkan oleh Mesut Ozil di Arsenal. Anda mungkin boleh rujuk artikel Mengenali Peranan Pemain Sayap Tengah (Central Winger), Baka Moden No.10 untuk peranan pemain perancang sayap tengah.

Peranan Diaz ini lebih kepada pemain no.10 bebas (free role) kerana tumpuan utama dia adalah menguasai zon 14 secara dominan.

Ini adalah beberapa contoh gerakan JDT berasaskan Diaz yang mungkin boleh anda bayangkan animasi JDT di dalam padang dengan Diaz.

Model Zonal Marking Bengaluru

Albert Roca bukanlah jurulatih yang terdedah dengan liga Malaysia dan ada masa untuk menonton JDT dengan faktor geografi dan sumber video perlawanan.

Namun dengan maklumat terhad beliau sudah ada pelan terbaik untuk mengatasi ancaman dari zon 14 JDT. Beliau menyediakan satu pelan pertahanan secara tandaan zonal yang menyukarkan aktiviti di zon 14.

Anda boleh baca Analisis Taktikal Piala AFC 2016: JDT Buntu Berhadapan Struktur Zonal Marking Ruang Bengaluru

Ini adalah gambaran bagaiman Roca menyediakan platform 5-3-2 ketika bertahan untuk melimitasikan aktiviti di zon 14 JDT.

Ini adalah pertahanan Bengaluru dengan 5-3-2.

Ini pula skema pertahanan Bengaluru secara visual, mereka menghalang hubungan antara pemain luar dengan Diaz di zon 14. Anda lihat tidak ada langsung tandaan pemain ke pemain. Mereka bermain tandaan zonal secara penuh.

Diaz Efektif

Beliau menjadi penjaring terbanyak pada akhir musim mengatasi penyerang utama mereka iaitu Juan Martin Lucero. Ia bukanlah bermaksud Lucero gagal.

Di Real Madrid pemain dari sayap iaitu Cristiano Ronaldo adalah pemain yang menjadi penjaring utama mereka setiap musim.

Diaz berjaya menjadi pemain penting dalam skuad JDT. Dia boleh digelar otak(brain) dalam pasukan ini. Membantu JDT mengesahkan kejuaraan lebih awal.

Mereka juga menjuarai Liga Super dengan status Invincible ataupun tak terkalah.

Apa Yang Kita Boleh Cerna?

Apa yang kita pelajari adalah, sistem pertahanan banyak pasukan di Liga Malaysia musim lalu tidak cukup sistematik untuk mematikan beliau.

Mereka punah panik dengan gerakan Diaz yang memang bertujuan mewujudkan havoc di luar kotak penalti. Kami berpendapat, zonal marking yang sistematik harus dirangka untuk mengekang tipikal seperti ini.

Tidak semestinya bertahan dengan rantaian berlima seperti Bengaluru.

Selain itu, Mario Gomez telah memberikan visual yang jelas kepada kita bahawa, penekanan zon 14 adalah sangat penting sama ada ketika menyerang dan juga bertahan.

Beliau juga menekankan aspek sistem sokongan yang tajam serta dinamik di belakang penyerang akan memberikan impak yang besar.

Sesuatu yang kurang diberikan penekanan oleh jurulatih di negara kita. Ramai lebih menekankan isu seperti box to box, serangan balas dan hantaran lintang dari bahagian sayap.

Baca juga : Memahami Apa Itu Pembahagian 18 Zon Di Dalam Padang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN