Hanya Kerana Loris Karius Seorang, Semua Orang Bertikam Lidah

Ketika Loris Karius pertama kali datang ke Liverpool, semua berkata beliau bakal menjadi pemain yang mampu menolak Simon Mignolet jauh dari kelab tersebut.

Karius ternyata memberikan persepsi awal yang cukup baik ketika menyertai Liverpool. Ketika jelajah pra-musim di Amerika Syarikat, beliau telah menunjukkan prestasi cukup cemerlang.

Ketika itu, majoriti peminat Liverpool merasakan beliau adalah cantuman yang hilang kepada masalah pertahanan Liverpool.

Namun, keresahan mula tiba apabila Karius terlibat dengan kecederaan ketika menentang Chelsea dalam aksi persahabatan di negara Uncle Sam itu.

Kecederaan yang agak lama memaksa Liverpool untuk menumpukan semula perhatian kepada Mignolet sebagai penjaga gol utama.

Mana clean sheet?

Karius berjaya merampas semula tempat Mignolet sebagai penjaga gol utama Liverpool selepas 5 perlawanan Premier League.

Walaupun Liverpool cukup ampuh di bahagian serangan, namun ada satu masalah dengan Liverpool – clean sheet.

Karius sudah beraksi 10 kali bersama Liverpool untuk Premier League. Namun dari 10 perlawanan tersebut, hanya 2 kali sahaja Karius berjaya memperoleh clean sheet – ketika menentang Manchester United dan Sunderland.

Ramai pihak sedikit demi sedikit mula memperkatakan mengenai kegagalan Karius untuk memperoleh clean sheet. Dan kemuncaknya apabila Liverpool tewas kepada Bournemouth 2 minggu lalu.

Kegagalan beliau untuk menyelamatkan bola muntah yang seterusnya membolehkan Nathan Ake menjaringkan gol kemenangan untuk Bournemouth pada minit akhir perlawanan.

Berperang

Prestasi Karius itu mengundang kritikan Jamie Carragher dan Gary Neville.

Jamie Carragher berkata yang Karius tidak menunjukkan sebarang kualiti yang mencukupi serta belum lagi berjaya menyakinkan Carragher.

“Masih terlalu awal untuk diperkatakan mengenai Karius tetapi beliau perlukan peningkatan mendadak segera.”

“Bila pertahanan anda berada dalam tekanan, penjaga gol anda perlu tampil dan menepis segala cubaan yang ada.”

Karius dapat menerima kritikan yang diberikan oleh Carragher. Barangkali kerana beliau merupakan bekas pemain Liverpool, jadi Karius lebih berlapang dada untuk menerimanya.

Namun, apabila Neville mengkritik keras prestasi Karius. Penjaga gol muda itu ternyata berang.

“Karius pasti akan meningkat dalam masa setahun lagi. Lihat saja Thibout Cortouis, beliau kini penjaga gol yang cukup berjaya.”

“Tetapi beliau gagal melakukan perkara-perkara asas sebagai penjaga gol. Untuk tangkap bola dihadapan kamu itu takkan kami tak boleh lakukan?”

Karius ternyata tidak senang dengan komen Neville. Beliau bertindak balas dengan mengatakan Neville adalah pengurus yang gagal.

“Neville adalah pemain yang cukup hebat. Namun, beliau pernah menjadi pengurus sekejap dan kini kembali bercakap mengenai pemain semula.”

“Mereka benci Liverpool”

Situasi makin meruncing apabila aksi kurang menyakinkan dari Karius ketika menentang West Ham United tempoh hari.

Prestasi tidak menentu beliau mengundang satu lagi dari kritikan pedas, kali ini dari Phil Neville pula.

Phil yang bercakap di BBC ketika itu berkata “Diam dan lakukan kerja kamu!” apabila ditanya mengenai Karius.

Akhirnya, Jurgen Klopp bersuara juga mengenai kritikan yang diberikan oleh mereka yang sering mengkritik Karius di kaca televisyen.

“Kesemua mereka yang bercakap di televisyen itu merupakan bekas pemain. Apa yang saya nampak mereka dah lupa perasaan bagaimana dikritik hebat ketika menjadi pemain dahulu, terutamanya adik beradik Neville.”

“Saya terpaksa cakap yang Gary pernah jadi pengurus dahulu. Dan beliau pasti tahu yang kritikan yang terlalu banyak tidak akan membantu langsung pemain tersebut.”

Klopp juga menyatakan perasaan anti-Liverpool dalam diri adik beradik Neville menyebabkan kritikan yang diberikan terhadap Karius terlalu keras.

“Apa yang saya boleh buat adalah hanya diam sahaja. Saya yakin Carragher pasti akan kurang memuji pemain Manchester United dan itu yang terjadi kepada adik beradik Neville sekarang, mereka tidak sukakan Liverpool.”

Selain Karius, Carragher, adik beradik Neville dan Klopp yang terlibat dalam isu ini, terdapat satu watak lain yang ada dalam drama ini – Didi Hamann.

Hamann tidak senang dengan kritikan pedas yang diberikan oleh Carragher dan Neville terhadap Karius. Baginya, Karius berhak diberikan penghormatan keatas dirinya.

“Karius berusia 23 tahun dan sudah bermain lebih 100 perlawanan di peringkat tertinggi. Jadi beliau berhak diberikan penghormatan kerana itu.”

“Anda boleh kritik Karius sebanyak mana anda mahu. Tetapi tindakan anda untuk menyuruh seorang lelaki dewasa untuk tutup mulut adalah satu tindakan yang teruk.”

Kesimpulan

Tekanan itu adalah satu perkara yang biasa dalam bola sepak. Tetapi bagi penulis, tekanan yang diberikan terhadap Karius ini sedikit lebih dari paras normal.

Hal ini kerana, ia telah menarik ramai pihak untuk seolah-olah ‘bergaduh’ sesama sendiri kerana satu pemain.

Penulis merasakan tekanan yang sebegitu banyak ini tidak wajar untuk pemain seperti Karius. Beliau bukanlah penjaga gol terbaik di dunia ketika ini ataupun pemain yang dibeli dengan harga yang cukup mahal untuk ditekan sebegitu rupa.

Berikan Karius masa seperti mana ketika David De Gea mula-mula tiba di Manchester. Lama-lama, Karius pasti akan mula meningkat prestasinya.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Apa Yang Perlu Kita Makan Sebelum Bermain Bola Sepak?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN