Kelab Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) kini bersedia untuk melepaskan pemain mereka iaitu Neymar.
Selama ini, Neymar tidak pernah mengaitkan dirinya dengan perpindahan keluar daripada PSG namun kini selepas sekian lama ianya semakin nyata.
Menurut laporan di Brazil, Neymar dikatakan sudah bersedia untuk meninggalkan kelab tersebut dengan pemain itu mengetahui yang masanya di Paris semakin singkat.
Keputusan PSG itu sebenarnya seiring dengan kemahuan Neymar itu sendiri untuk meninggalkan kelab itu dan mahu mencuba sesuatu yang baharu selepas ini.
Laporan memetik yang Neymar sebenarnya ingin mengambil kesempatan ini untuk berpindah keluar daripada PSG dengan pemain itu ingin mencuba nasib di Premier League.
Dengan pelan PSG untuk mengurangkan jumlah gaji yang perlu dibayar, Neymar kini memilih untuk ke Premier League dengan beberapa kelab dilihat berminat untuk membawa bintang Brazil itu.
Chelsea, Newcastle United dan Manchester United antara beberapa nama kelab yang ingin membawa nama pemain terkenal Brazil itu bagi menguatkan pasukan mereka pada musim hadapan.
Namun begitu, masih belum ada lagi tawaran rasmi yang dibuat oleh mana-mana kelab terhadap Neymar namun ianya mungkin akan tiba dalam selepas musim tamat.
Prospek Neymar ke Premier League ini adalah menarik untuk disaksikan kerana sebelum ini pemain tersebut cuma bermain di dua liga sahaja iaitu La Liga dan Ligue 1.
Jadi, ke manakah Neymar akan pergi? Kita nantikan saja.