Penyokong Persib Bandung Mahukan Safawi Rasid Sertai Mereka?

Safawi Rasid

Nama Safawi Rasid walaupun pada satu ketika tenggelam sebentar namun kini beliau kembali menjadi sebutan ramai selepas berpindah ke Thailand.

Teka-teki mengenai masa depannya bersama-sama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi tanda tanya dengan pemain itu sebelum ini ada dikaitkan dengan kepulangan semula ke negeri kelahiran iaitu Terengganu.

Namun siapa sangka, tanpa disedari nama Safawi mula disebut-sebut di Indonesia dengan peminat bola sepak di sana.

Hasil tinjauan di laman Twitter, sebuah akaun bernama GaraGaraBola membangkitkan persoalana mengenai potensi Safawi berpindah ke Indonesia untuk musim baharu bola sepak di sana.

Rata-rata komen yang diberikan menyambut baik potensi perpindahan tersebut dengan mereka berasakan yang bakat seperti Safawi layak untuk beraksi dengan kelab-kelab utama negara tersebut.

“Kalau saya, beliau sesuai bermain di pasukan utama seperti Persija Jakarta dan Persib Bandung saja,” kata Hidayat.

Nama Persib adalah kelab yang kerap disebut kerana mereka mahukan Safawi menggantikan pemain Febri Haryadi yang dianggap mengecewakan.

“Persib dengan menggantikan Febri Haryadi yang biasa-biasa saja.”

“Persib kerana mereka perlukan pemain sayap yang kreatif, mungkin sesuai beraksi bersama Luis Milla.”

Ada juga yang mencadangkan agar juara Liga 1 Indonesia, PSM Makassar mendapatkan Safawi kerana mereka bakal kehilangan ramai bintang.

“PSM Makassar. Dah hampir pasti ramai pemain bintang mereka akan keluar, jadi perlukan pengganti,” kata seorang lagi warganet.

Potensi perpindahan ke Indonesia ini tampak menarik dan sekiranya menjadi, Safawi akan menyertai salah sebuah liga paling gila dalam saingan Asia Tenggara.

Semua ini berlaku selepas peraturan musim baharu saingan domestik negara itu membenarkan enam pemain import dengan satu daripadanya mestilah daripada Asia atau Asia Tenggara.

Salah satu nama yang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke sana adalah penjaga gol Singapura, Hassan Sunny yang hampir menyertai Madura United.

Safawi ke Indonesia. Apa kata anda?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN