Reaksi Cristiano Ronaldo Ketika Petugas Pasukan Lawan Memaksa Beliau Untuk ‘Selfie’ Bersama

Cristiano Ronaldo sama sekali tidak gembira selepas ada pegawai betugas dari pasukan lawan yang memaksa beliau untuk selfie bersama selepas tamat aksi terikat 1-1 Al-Nassr bertemu Al-Khaleej.

Jelas sekali Ronaldo tidak akan ada mood untuk beramah mesra apa lagi berselfie bersama wakil dari pasukan lawan selepas skuadnya gagal mengutip tiga mata penuh dalam aksi saingan liga bola sepak Arab Saudi.

Sepertinya Ronaldo akan mengakhiri saingan musim ini tanpa memenangi sebarang Piala bersama Al-Nassr dan ia jelas sekali bukan satu hal yang disenangi oleh pemain legenda seperti beliau.

Al-Nassr sudah tersingkir dari semua saingan yang mereka sertai musim ini, dan hanya saingan Saudi Pro League sahaja yang menjadi satu-satunya baki kejuaraan untuk mereka kejar musim ini.

Namun begitu, selepas melihat keputusan perlawanan terakhir Al-Nassr dalam saingan Saudi Pro League, sepertinya agak mustahil untuk melihat mereka menjulang gelaran liga musim ini.

Al-Nassr hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 sahaja bertemu Al-Khaleej, dengan lawan mereka itu sebenarnya merupakan pasukan yang sedang bersaing di zon penyingkiran.

Keputusan seri itu seolah-olah membuka ruang yang sangat luas untuk Al-Ittihad menjulang gelaran liga musim ini.

Jelas sekali Ronaldo tidak akan gembira dengan keputusan perlawanan itu, apa lagi selepas memikirkan yang beliau akan mengakhiri saingan musim ini tanpa memenangi sebarang kejuaraan.

Selepas tamat aksi bertemu Al-Khaleej, Ronaldo jelas sekali terlihat sebagai sosok paling kecewa di atas padang.

Tidak lama selepas wisel penamat dibunyikan, Ronaldo dilihat sempat memberikan jersi beliau kepada salah seorang pemain pasukan lawan.

Namun begitu, dengan tiba-tiba salah seorang pegawai bertugas dari kem Al-Khaleej dilihat menghampiri Ronaldo dan mengajak pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu untuk bergambar bersama.

Bekas bintang Real Madrid dan Juventus itu jelas sekali tiada mood untuk melakukan hal tersebut, apa lagi selepas melihat cara tak sopan pegawai Al-Khaleej itu yang tiba-tiba mengeluarkan kamera dan mahu mengajak beliau selfie.

Ronaldo menepis tangan pegawai dari pasukan lawan itu dengan beliau jelas sekali telah menunjukkan reaksi tidak gembira melihat hal tersebut.

Bintang Portugal itu kemudiannya segera masuk ke terowong untuk kembali ke bilik persalinan.

Agak sukar sebenarnya untuk menyalahkan Ronaldo kerana menolak pegawai dari skuad Al-Khaleej itu, kerana beliau sangat berhak untuk melakukan hal tersebut.

Mungkin pegawai tersebut yang harus sedar bahawa beliau melakukan hal tersebut di tempat dan waktu yang tidak sesuai.

Mungkin beliau boleh cuba lagi di lain waktu, dan yang terbaik beliau mungkin boleh cuba selepas melihat Al-Nassr mencatatkan kemenangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN