‘Terperdaya’ Punca Sebenar Ronaldo Sertai Al-Nassr

Legenda bola sepak, Rivaldo menganggap yang Cristiano Ronaldo sebenarnya telah diperdaya untuk sertai Al-Nassr dengan bintang Portugal itu turut didesak supaya kembali ke Real Madrid dan tinggalkan Arab Saudi.

Ronaldo jelas sekali tidak melalui karier yang begitu baik di Arab Saudi dengan beliau teruk dihentam oleh peminat sejak awal menyertai Al-Nassr.

Harus diakui persembahan Ronaldo sebenarnya tidak lah begitu teruk hingga berhak untuk dikecam sebegitu teruk oleh para penyokong.

Beliau tetap berjaya menjaringkan gol dan menyumbang sesuatu kepada Al-Nassr walau beliau agak mustahil untuk membantu kelab memenangi sebarang Piala musim ini.

Al-Nassr kini berada di belakang Al-Ittihad dalam saingan Saudi Pro League dan mereka juga turut sudah tersingkir dari semua kejohanan yang disertai sepanjang musim ini.

Bukan hanya penyokong, bahkan ada segelintir pemain-pemain juga turut tampil menghentam Ronaldo terutama melibatkan sikapnya di atas padang.

Baru-baru ini, dek kerana Ronaldo menunjukkan sikap tak sopan dengan bermain lato-lato, para peminat mendesak pihak berkuasa supaya menangkap bekas bintang Real Madrid itu dan mengusir beliau keluar dari Arab Saudi.

Sepertinya hasrat peminat yang berharap agar Ronaldo pergi dari Arab Saudi akan tercapai tanpa perlu membawa bintang Portugal itu ke muka pengadilan.

Tular berita di media sosial pada ketika ini yang Ronaldo sudah tidak gembira di negara Timur Tengah itu dan beliau sedang intai peluang untuk menyertai kelab lain.

Terdapat khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Ronaldo berpotensi untuk kembali ke Real Madrid dan mengakhiri kariernya bersama kelab yang menjadikan beliau legenda di pentas bola sepak ini.

Bekas bintang Barcelona, Rivaldo percaya yang pemain berusia 38 tahun itu sebenarnya telah diperdaya untuk sertai Al-Nassr dengan kelab Arab Saudi itu mengaburi mata Ronaldo dengan kontrak yang lumayan.

Rivaldo turut mencadangkan kepada Ronaldo supaya kembali ke Santiago Bernabeu dan segera tinggalkan Arab Saudi.

“Saya faham yang kadang kala para pemain diperdaya dengan kontrak yang besar dia tandatangani di Arab Saudi, tapi kehidupan di sana lebih tertutup dan bola sepak tak semudah seperti yang disangka.”

Jelas legenda Brazil itu kepada Mundo Deportivo.

“Jadi kamu mungkin akan melalui fasa-fasa kekecewaan bahkan kejatuhan. Duit yang kamu terima itu hanya untuk menggantikan kehidupan tidak bahagia yang kamu sedang jalani sekarang.”

“Ia akan sangata baik untuk dia dan untuk bola sepak sendiri andai Cristiano Ronaldo kembali ke Real Madrid dan akhiri kariernya di sana.”

“Sudah tentu, peminat perlu faham yang mereka tak boleh mengharapkan benda yang sama dari Ronaldo ketika dia masih berusia 25 ke 26 tahun, tapi dia masih boleh bantu kelab dari pelbagai segi.”

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa penjaring terbanyak dalam sejarah Real Madrid itu akan kembali ke Santiago Bernabeu untuk menjadi duta kelab.

Ronaldo sememangnya mahu meninggalkan Al-Nassr, namun beliau sudah menegaskan yang beliau tidak bersedia lagi untuk bersara dan masih terus aktif bermain bola sepak secara profesional.

Dan ketika legenda Barcelona itu mendesak Ronaldo untuk tinggalkan Arab Saudi, sepertinya seorang lagi legenda Barca mungkin akan ke Arab Saudi untuk beraksi di sana.

Lionel Messi kini hangat dikaitkan dengan bakal beraksi di Arab Saudi dengan pemenang tujuh kali anugerah Ballon D’Or itu dikatakan telah menerima tawaran yang sungguh luar biasa dahsyat untuk beraksi di negara Timur Tengah itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN