Pemain Kelantan United Akui Hadapi Tekanan Tinggi Menjelang Aksi Bertemu JDT

Musim ini boleh dikatakan segalanya serba tidak menjadi buat pencabar baharu Liga Super 2023 iaitu Kelantan United, selepas tampil dengan keputusan sangat negatif.

Daripada sembilan perlawanan dihadapi, Kelantan United kini berada di tangga tercorot carta liga dengan gagal untuk memperoleh sebarang kemenangan.

Menerusi dua kali keputusan seri dilakar, pasukan tersebut juga hanya berjaya melakar lima jaringan sahaja selain dibolosi 15 gol secara keseluruhan.

Walaupun tampil dengan beberapa perubahan dalam senarai pemain tempatan serta import musim ini, pasukan tersebut masih bergelut dengan prestasi semasa untuk mencatat keputusan lebih baik.

Untuk aksi seterusnya. kelantan United bakal berhadapan satu lagi tugas getir iaitu berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Beraksi di gelanggang keramat tersebut, ianya sering meninggalkan mimpi ngeri buat mana-mana pasukan kerana ianya tidak pernah mengecewakan penyokong setia Harimau Selatan.

Menerusi baki tarikh persiapan yang masih ada, Kelantan United dikhabarkan sedang menyediakan segalanya untuk menguatkan mental serta fizikal sebelum mengharungi perlawanan di gelanggang lawan.

Jelas pertahanan Kelantan United iaitu Ariff Ar-Rasyid, beliau menyedari perlawanan tersebut bukannya mudah selepas melihat prestasi semasa mereka yang agak negatif.

Namun, beliau enggan memikirkan tekanan tersebut sambil berharap pasukan diwakilinya itu mampu untuk sekurangnya meraih satu mata ketika berdepan JDT.

“Habis sahaja daripada berehat, kita terus akan berdepan perlawanan sukar dan kami sedar jurang yang ada antara JDT dan Kelantan United.

“Sudah tentu tekanan itu agak tinggi tetapi sekarang yang penting adalah bagaimana pemain-pemain tahu mempersiapkan diri terutamanya dari segi mental dan fizikal.

“Banyak kerja rumah yang perlu dilakukan tetapi kita masih ada banyak masa untuk lebih bersedia kali ini menentang JDT.

“Memandangkan pasukan pun masih belum meraih kemenangan, kami tidak pernah berputus asa dan berharap selepas ini prestasi yang lebih baik dapat ditampilkan”, jelasnya menerusi laman MFL.

Musim ini menyaksikan Kelantan United turut menandatangani beberapa pemain baharu dalam skuad mereka seperti Morgaro Gomis, Syazwan Zainon, Khairu Azrin, serta beberapa nama lagi.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN