Kejayaan Jepun mara ke pusingan 16 pasukan terakhir bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka telah beberapa kali melakukannya sebelum ini.
Namun kejayaan mengalahkan dua gergasi Eropah merupakan sesuatu yang menakjubkan.
Kejayaan itu bukan hadir dengan mudah sebaliknya datang dengan perancangan yang rapi serta para pemain Jepun yang berani berhijrah ke luar dari bermain di liga sendiri.
Qatar 2022: Samurai Biru ‘Pancung’ Sepanyol Dan ‘Terajang’ Jerman Keluar Dari Piala Dunia
Maka tidak hairan jika kita melihat gaya permainan skuad Samurai Biru begitu baik terutama ketika menyerang serta bertahan sebagai sebuah pasukan sehingga boleh memberi saingan di Qatar 2022.
Daripada 26 pemain yang dipanggil, 19 orang pemain sudah berkelana ke liga utama Eropah.
Dari 19 pemain tersebut, kebanyakkan mereka bermain di Bundesliga. Mungkin ini maksud yang sering dikatakan – rahsia taktikal German dalam poket pemain Jepun.
𝗙𝗜𝗙𝗔 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗖𝘂𝗽 𝗤𝗮𝘁𝗮𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟮™🏆
𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗘 順位表📝(第3節終了時)首位通過でノックアウトステージへ🔥
⚽️ラウンド16
🗓️12/6(火) 0:00(🇯🇵)
🆚クロアチア🇭🇷#つな超え #新しい景色を2022#SAMURAIBLUE #サッカー日本代表 #ワールドカップ #worldcup #FIFAWorldCup pic.twitter.com/dBCkiNr308— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) December 1, 2022
Malah, untuk posisi di bahagian tengah dan bahagian penyerang, sebahagian besar mereka bukan dari liga sendiri tetapi pemain yang mempunyai pengalaman di benua Eropah.
Ini adalah salah satu kejayaan kecil mereka kerana pemain yang bagus akan di hantar bermain di liga terbaik dunia dan bukan hanya fokus di liga sendiri.
"In European football there is a big focus on the individual, a big focus on egos."
Jose Mourinho hails Japan's teamwork after their shock win over Germany 🗣 pic.twitter.com/yXIocxZnhr
— ESPN UK (@ESPNUK) November 24, 2022
Disebabkan itu Jose Mourinho sendiri menyatakan dirinya tidak terkejut dengan kejayaan Jepun ketika mengalahkan German.
Kerana bagi beliau, Jepun bermain sebagai sebuah pasukan dan mempunyai mentaliti yang sangat baik untuk menang.
Berbanding dengan pasukan Eropah pula, mereka lebih mementingkan kemahiran individu dan mempunyai ego tersendiri.
Watak utama dalam memusnahkan impian juara Piala Dunia 2014 untuk meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya serta meledak gol kemenangan ke atas juara 2010, Ritsu Doan sendiri bermain bersama kelab Bundesliga – SC Freiburg.
Mengikut statistik, musim ini selepas 15 perlawanan Doan bersama kelabnya, beliau berjaya meledak dua jaringan dan dua bantuan gol.
Nampak jumlah jaringan tidak begitu banyak tetapi ia sangat membantu skuad kebangsaannya di Qatar.
Bermain di posisi tengah, sudah tentu kepakaran yang diperoleh di Eropah sangat penting bagi mengawal jentera utama pasukan.
スペイン戦のスタッツなどはこちら📝
JFA公式アプリ『#JFAPassport』では、#SAMURAIBLUE の試合データを試合中リアルタイムで更新中💡
ぜひダウンロードしてみてください🙌
🔗https://t.co/pLlRFmtmcJ#jfa #daihyo #サッカー日本代表#つな超え #新しい景色を2022#FIFAWorldCup pic.twitter.com/Kf9iab6oVY— サッカー日本代表 🇯🇵 (@jfa_samuraiblue) December 1, 2022
Jika melihat pemain Jepun yang bermain di liga luar terutama di Eropah, maka tidak hairan kenapa Negara Matahari Terbit ini begitu konsisten malah menjadi kuasa besar di Asia.
Terlalu ramai pemain mereka di luar negara dan di liga sendiri pun, mereka mempunyai ramai pemain berkualiti.
Ini memberi pilihan kepada jurulatih untuk memilih pemain tanpa perlu risau jika ada mana-mana pasukan tidak mahu melepaskan pemain atau tidak mahu menyertai skuad kebangsaan.
Berlainan pula di Malaysia, pemain terlalu selesa berada di liga sendiri dan tidak ingin bermain di luar atau mencabar diri bersaing dengan kelab elit dari negara lain.
Untuk melihat Malaysia bermain di pentas tertinggi Piala Dunia mungkin terlalu sukar tetapi boleh dimulakan dengan menjadi jaguh di ASEAN dan Asia dahulu.
Baru boleh fokus ke Piala Dunia. Ini tidak, di ASEAN pun Malaysia masih tercungap-cungap.