Suarez: “Ghana Tak Jaringkan Penalti, Saya Yang Kena Minta Maaf?”

Luis Suarez

Penyerang Uruguay, Luis Suarez berasakan yang dirinya bukanlah individu yang perlu berasa bersalah kepada seluruh negara Ghana dan rakyatnya.

Hal ini kerana, beliau bukanlah individu yang bersalah dalam isu melibatkan kedua-dua negara ini pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Bercakap kepada media menjelang pertemuan hidup mati antara Uruguay dan Ghana, Suarez mendedahkan yang beliau tidak akan meminta maaf kepada negara Afrika itu.

“Saya tidak akan minta sebab saya memang menyentuh bola dengan tangan tetapi pemain Ghana yang tidak sempurnakan sepakan penalti.

“Saya cuma akan minta maaf jika saya lakukan terjahan keras atau memperoleh kad merah, baru saya minta maaf.

“Tapi dalam situasi ini, pengadil memberikan sepakan penalti. Bukan salah saya sebab tak jaringkan penalti, salah mereka,” kata Suarez.

Pada Afrika Selatan 2010, Asamoah Gyan melepaskan sepakan penalti selepas Ghana memperolehnya akibat Suarez menyentuh bola dengan tangan.

Kegagalan itu menafikan tempat Ghana di separuh akhir Piala Dunia 12 tahun yang lalu.

Rata-rata penyokong Ghana mahukan pembalasan dendam terhadap juara dunia dua kali itu sekali gus meraih tempat ke pusingan 16 pasukan terakhir.

Saingan kumpulan H masih lagi terbuka dengan Uruguay, Ghana dan Korea Selatan masih lagi berpotensi untuk layak ke pusingan seterusnya.

Satu lagi pasukan, Portugal sudah pun mengesahkan tempat mereka ke pusingan seterusnya selepas merakamkan dua kemenangan.

Leave a Reply