Qatar 2022: Samurai Biru ‘Pancung’ Sepanyol Dan ‘Terajang’ Jerman Keluar Dari Piala Dunia

Jepun Sepanyol Piala Dunia Qatar 2022

Japan mencipta satu lagi kejutan besar dalam saingan Piala Dunia 2022 setelah bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sepanyol 2-1 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan seterusnya mara ke pusingan kalah mati.

Malam yang penuh dramatik di Stadium Antarabangsa Khalifa itu turut menyaksikan perlawanan tertangguh agak lama untuk pihak pengadil membuat semakan menerusi VAR bagi mengesahkan gol kemenangan Ao Tanaka.

Sepanyol meskipun tewas, tetap mara ke pusingan 16 terakhir, sekaligus menyebabkan Jerman yang menang 4-2 ke atas Costa Rica berputih mata apabila tersingkir di peringkat kumpulan, mengulangi kegagalan empat tahun lalu.

Sebelum sepak mula, kesemua empat pasukan berpeluang untuk mara ke pusingan seterusnya, tetapi hanya Sepanyol sahaja yang memerlukan seri untuk layak.

Skuad La Roja pada awalnya dijangkan tidak berdepan masalah untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan ini apabila terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Alvaro Morata yang menanduk masuk hantaran lintang Cesar Azpilicueta di penghujung babak pertama.

Namun Japun pantas menukar keputusan perlawanan dengan dua gol pantas selepas rehat separuh masa dan seterusnya mara ke pusingan kalah mati dengan langkah bergaya apabila muncul juara kumpulan.

Keputusan ketua jurulatih Hajime Moriyasu untuk membawa masuk Ritsu Doan dan Kaoru Mitoma pada awal babak kedua menjadi percaturan paling berbaloi apabila dua pemain berkenaan terlibat secara langsung dengan kedua-dua gol yang dijaringkan.

Tiga minit selepas perlawanan bersambung, Doan muncul penjaring pertama Jepun. Hany 142 saat kemudian, Mitomo berjaya membuat membuat hantaran kepada Ao Tanaka untuk jaringan kedua meskipun pengadil pada awalnya telah membatalkan gol tersebut kerana bola dilihat telah keluar dari kawasan permainan.

Bagaimana teknologi VAR dan ulang tayang video mendapati bola masih belum keluar secara keseluruhan dari atas garisan dan seterusnya mengesahkan gol tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN