Sony Norde Sedia Kucar Kacirkan Pertahanan Lawan Bersama Terengganu Musim Depan

Terengganu menjadi antara pasukan yang sangat rancak ketika ini dalam membuat persiapan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.

Setelah mereka sah menandatangani khidmat jurulatih baharu mereka iaitu Tomislav Steinbruckner untuk menggantikan khidmat bekas pengendali sebelum itu, Nafuzi Zain untuk musim hadapan.

Kini, mereka berjaya menandatangani salah seorang pemain import paling menyerlah musim ini dalam saingan Liga Super iaitu Sony Norde.

Sony bukan lagi satu nama asing dalam dunia bola sepak tempatan, selepas sebelum ini beliau telah pun beraksi bersama Melaka United sejak musim 2020.

Sepanjang tiga musim mewakili Melaka United, penyerang kebangsaan Haiti itu sudah pun meledak sembilan gol secara keseluruhan serta 12 bantuan jaringan untuk membantu pasukan tersebut.

Musim ini sahaja Sony telah mencatat empat gol dan enam bantuan jaringan untuk menjadi salah seorang pemain bernilai Melaka United di sebalik kontroversi melanda kelab itu.

Sebelum ini, beberapa pasukan telah dikaitkan bersama pemain ini seperti Kedah dan Selangor kerana krisis yang dialami Sony ketika itu bersama Melaka United menjadikan beliau seolah berpatah hati untuk meneruskan baki saingan liga bersama kelab tersebut.

Walaupun begitu, pihak kejurulatihan Selangor menafikan perkara tersebut dengan alasan mereka kekurangan bajet untuk membawa masuk khidmat Sony.

Manakala Kedah pula, pasukan tersebut tidak menyatakan sebarang minat untuk mendapatkan khidmat Sony, walaupun dikaitkan dengan pemain itu menerusi media sosial.

Langkah Terengganu untuk menandatangani Sony dianggap sangat tepat berdasarkan rekod beliau serta prestasi yang sangat positif dipamerkan pemain tersebut selama beberapa musim di Malaysia.

Selain Sony, pasukan tersebut juga dikhabarkan akan mengekalkan khidmat pemain tengah mereka pada musim hadapan iaitu Habib Haroon.

Habib dianggap sebagai salah satu kunci utama kekuatan Terengganu musim ini selepas beliau bergandingan dengan sangat baik bersama Manny Ott di bahagian tengah.

Untuk musim hadapan, dijangka beliau akan mempunyai pasangan baharu di posisi tersebut, selepas Ott dijangka akan menyertai Kedah Darul Aman (KDA) bersama Nafuzi Zain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN