Bakal Berwajah Baharu, Kedah ‘Salin’ Semua Pemain Import Untuk Musim 2023

Kedah Darul Aman

Pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) memilih untuk melupakan hal lama dan fokus membuka lembaran baharu untuk musim hadapan.

Mereka telah membuat keputusan untuk menukar kesemua pemain import untuk cabaran tahun hadapan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan KDA di laman Facebook mereka, Hijau Kuning mengucapkan selamat tinggal buat Ronald Ngah Wanja, Marc Vales, Mahmoud Al-Mardi, Dechi Marcel serta Sanrawat Dechmitr.

Keputusan ini dibuat selepas pengurusan kelab berasakan sudah tiba masanya haluan baharu dilalui mereka dan kesemua lima pemain import itu tidak berada dalam perancangan KDA.

“KDA FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 5 pemain import pasukan Kedah musim 2022, jasa anda bakal dikenang sepanjang zaman.

“Ahli lembaga pengarah KDA FC memutuskan untuk membawa haluan baharu pasukan Sang Kenari musim 2023 melalui perancangan jangka masa panjang dan khidmat kelima pemain import musim ini tidak akan diperbaharui,” kata KDA dalam kenyataan mereka.

Jika diikutkan, kesemua lima pemain import KDA ini mempunyai reputasi dan profil yang baik. Namun begitu, dengan pemergian Aidil Sharin sebagai jurulatih, sedikit sebanyak mengubah nasib mereka bersama kelab.

Dengan masih belum lagi disahkan siapa pengendali baharu pasukan, misteri mengenai kekosongan slot pemain import pastinya menjadi tanda tanya.

Desas-desus mengatakan yang salah satu tempat itu akan diisi oleh Manny Ott, pemain Terengganu yang dikatakan akan berhijrah ke Stadium Darul Aman andai Nafuzi Zain melakukan perkara yang sama.

Kesemuanya sudah berakhir buat lima pemain import KDA. Siapa yang bakal gantikan mereka?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN