ANALISIS: ‘Tactical Tweaks’ Tite Bantu Brazil Robohkan Blok Pertahanan Degil Switzerland

Qatar 2022

Brazil menepati ramalam awal mara ke pusingan 16 terakhir Qatar 2022 apabila menewaskan Switzerland 1-0 dalam saingan peringkat Kumpulan G di Stadium 974.

Kemenangan ini menyaksikan Brazil unggul memimpin carta Kumpulan G setelah mengutip enam mata maksimum dalam dua perlawanan peringkat kumpulan setakat ini.

Switzerland mempamerkan disiplin bertahan yang mampan sehingga mampu mengikat pasukan Brazil, sehingga pasukan lawan  hanya mampu memecah kebuntuan menerusi jaringan Casemiro pada minit ke-83 permainan.

Switizerland dilihat selesa untuk membiarkan Brazil memiliki penguasaan bola, dan lebih memberi penekanan menyusun blok pertahanan mereka secara ‘Mid-blocks’ dengan struktur 4-4-2.

Switzerland memastikan mereka tidak memberikan sebarang ruang di antara garisan (space in between the lines) buat pasukan Brazil, serta mempamerkan disiplin yang baik untuk mempertahankan ruang di belakang barisan pertahanan mereka.

Brazil banyak melakukan pengedaran bola (ball progressions) dalam usaha untuk mencari sebarang bukaan ruang di antara pemain-pemain Switzerland, namun disiplin yang dipamerkan pasukan lawan sering menggagalkan usaha mereka, sekali gus menjadikan serangan pasukan Brazil mudah dijangka.

Jurulatih Brazil, Tite menyedari akan kepentingan untuk melakukan perubahan taktikal bagi memecah kebuntuan menjelang sepak mula separuh masa kedua.

Analisis kami kali ini akan membincangkan tentang perubahan struktur serangan, serta peranan pemain yang membantu Brazil memecahkan blok pertahanan degil Switzerland untuk meraih tiga mata dalam perlawanan ini.

Pertukaran pemain di separuh masa kedua

Brazil melakukan pertukaran pemain yang dilihat memberi impak positif dan membawa nilai tambah dalam organisasi serangan pasukan, terutamanya dengan kemasukan Rodrygo yang masuk menggantikan Lucas Paqueta serta Bruno Guimaraes yang masuk bertukar dengan Fred.

Kemasukan Rodrygo membawa dinamik menerusi pergerakan tanpa bola yang dilakukannya, bagi membantu pasukan dalam aspek ‘ball progressions’, serta menawarkan kombinasi permainan pantas bagi memecahkan benteng pertahanan lawan.

Kemasukan Guimaraes pula menawarkan ‘solidity’ kepada barisan pertahanan pasukan, serta menolak Casemiro untuk berada di posisi lebih ‘advance’ bagi membantu gerakan serangan pasukan.

Peranan yang dinyatakan di atas akan kami kongsikan dengan lebih lanjut selepas ini.

Perubahan struktur serangan Brazil menerusi tugasan ‘inverting’ Alex Sandro

Kemasukan pemain-pemain gantian di separuh masa kedua turut mengubah struktur serangan Brazil. Switzerland menyusun blok pertahanan mereka secara kompak, menerusi ‘mid-blocks’ 4-4-2, sebagai cerminan kepada pasukan Brazil yang turut memulakan perlawanan ini dengan sistem 4-4-2.

Struktur bertahan ini akan membantu pemain-pemain Switzerland untuk mempunyai ‘direct opponnents’ sekali gus memudahkan tugasan ‘markings’ mereka.

Menyedari kesukaran memecahkan blok pertahanan Switzerland, Brazil melakukan sedikit perubahan dalam struktur serangan mereka apabila mengarahkan ‘fullbacks’ kiri pasukan, Alex Sandro melakukan ‘inverting’ untuk berada di zon ‘half space’ dan juga bahagian tengah.

Organisasi taktikal ini bukan sahaja mewujudkan ‘overloading’ di bahagian tengah, malahan turut menarik ‘direct opponents’ yang melakukan tugasan ‘markings’ terhadap Sandro untuk keluar dari posisinya, sekaligus membuka lebih banyak ruang buat pemain sayap lincah Brazil, Vinicius Jr.

Kemampuan teknikal Vinicius yang tinggi serta kualiti beliau ketika situasi 1v1 meletakkan pemain ini sebagai ‘focal’ serangan pasukan Brazil.

Susunan taktikal yang diterangkan di atas dapat dilihat menerusi gerakan kepada jaringan gol Vinicius yang dibatalkan VAR pada minit ke-64.

Ketika memperoleh penguasaan bola, Sandro melakukan ‘inverting’ ke kawasan ‘half space’.

Kedudukan Alex Sandro ini turut menarik pemain sayap kanan Switzerland yang ditugaskan untuk merantai pergerakannya, sekali gus membuka ruang yang lebih besar buat Vinicius di bahagian ‘wide area’.

Alex Sandro membuat hantaran kepada Marquinhos ekoran tekanan daripada pemain lawan. Guimaraes melakukan pergerakan bagi menyediakan sokongan kepada hantaran tersebut.

Kedudukan Sandro ini turut menyediakan opsyen tambahan buat Brazil di bahagian tengah.

Serta menyediakan alternatif hantaran buat Guimaraes. Casemiro melakukan pergerakan bagi menyediakan sokongan kepada Sandro yang bakal hantaran tersebut.

Namun Sandro dilihat kurang bersedia ketika menerima hantaran Guimaraes. Richarlison yang turun ke bahagian bawah turut gagal memintas bola tersebut sebelum ianya menghala ke arah seorang lagi penyerang Brazil – Rodrygo.

Ketika kombinasi permainan melibatkan Rodrygo dan Casemiro berlaku, Vinicius bebas dari sebarang kawalan pemain pertahanan lawan di bahagian ‘wide area’.

Casemiro yang diberikan tugasan ‘offensive’ di separuh masa kedua melebarkan permainan kepada Vinicius yang memiliki ruang yang besar untuk dieksploitasi.

Kepantasan serta kualiti dalam situasi 1v1 menyebabkan Vinicius sukar dikawal, dan pemain muda Real Madrid ini berjaya menjaringkan gol menerusi situasi ini sebelum ianya dibatalkan VAR ekoran ofsaid.

Organisasi serangan yang sama turut digunakan ketika Brazil memecah kebuntuan jaringan di minit ke-83.

Sandro melakukan ‘inverting’ di kawasan ‘half space’ ketika Brazil memiliki penguasaan bola.

Kedudukan Sandro ini turut menarik perhatian pemain sayap kanan Switzerland yang ditugaskan untuk merantai pergerakannya, sekali gus membuka ruang yang lebih besar buat Vinicius di bahagian ‘wide area’.

Rodrygo mempamerkan ‘mobility’ permainannya dengan bergerak untuk memberi sokongan di bahagian ‘strong side’ pasukannya.

Vinicius menggunakan kepantasan serta kualiti gelecekan yang dimilikinya untuk melakukan ‘cut inside’. Situasi ini turut menyebabkan bukaan ruang di antara pemain pertahanan Switzerland yang bijak dihidu Casemiro yang bergerak ke arah ruang tersebut.

‘Mobility’ serta permainan dinamik daripada Rodrygo membolehkan kombinasi permainan dilakukan bersama Vinicius, sebelum bola tersebut menemui Casemiro yang berada dalam ‘poket’ ruang.

Sebelum beliau melepaskan rembatan padu untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan.

Kemenangan tanpa kretiviti permainan

Meskipun mencatat kemenangan dalam perlawanan ini, Brazil dilihat mempunyai kekurangan dalam aspek kreativiti terutamanya apabila berhadapan dengan pasukan yang selesa bertahan secara ‘mid-blocks’ mahupun ‘low-blocks’.

Switzerland juga berjaya menunjukkan gerakan serangan Brazil mudah diduga sekiranya organisasi bertahan sesebuah pasukan disusun secara kompak dan berdisiplin sepanjang perlawanan berlangsung.

Ketiadaan Neymar yang terpaksa diketepikan ekoran kecederaan turut berpotensi menjadi faktor kepada isu ini.

Namun, Brazil masih boleh dianggap sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia kali ini berikutan limpahan pemain-pemain berkualiti yang membarisi pasukan dalam kejohanan ini.

Brazil bakal bertemu Cameroon dalam aksi terakhir peringkat kumpulan sebelum menanti lawan mereka di pusingan 16 terakhir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN