Qatar 2022: Lionel Messi ‘Goyang’ Nak Berdepan Australia Di Pusingan Kalah Mati

Pemain terhebat sepanjang zaman dalam dunia bola sepak, Lionel Messi mendedahkan yang beliau sedikit goyang untuk berdepan Australia di pusingan 16 terbaik saingan Piala Dunia tahun ini.

Lionel Messi mengakui yang lawan Argentina di pusingan 16 terbaik, Australia merupakan lawan yang sangat sukar untuk dihadapi.

Bintang PSG itu jelas sekali sudah mempunyai pengalaman yang cukup banyak beraksi di pentas terbesar dalam dunia bola sepak.

Messi boleh dikatakan sudah bermain dalam semua perlawanan akhir terbesar dalam dunia bola sepak seperti Champions League dan Piala Dunia.

Dek kerana itulah beliau mempunyai pengalaman dan penilaian yang sangat baik dalam menilai pasukan yang bakal beliau hadapi.

Terbaru, Messi mendedahkan yang Australia merupakan pasukan yang sangat hebat dan sukar untuk ditewaskan oleh Argentina.

Skuad Green and Gold itu jelas sekali bukanlah pasukan kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia pada tahun ini.

Namun begitu, harus diakui yang mereka perlu diberi perhatian selepas kejayaan mereka layak ke pusingan 16 terbaik dengan kutipan mata yang sama seperti Perancis di peringkat kumpulan D.

Melihat kepada pencapaian luar biasa menakjubkan mereka itu, Messi tampil mendedahkan yang beliau sedikit goyang untuk berdepan Australia.

“Perlawanan bertemu Australia bakal menjadi perlawanan yang sangat sukar.”

Jelas Messi ketika bercakap dalam temu bual selepas tamat aksi kemenangan 2-0 Argentina menewaskan Poland.

“Sesiapa sahaja boleh tewaskan semua orang, semua sama rata. Kami perlu bersedia untuk perlawanan itu sama seperti kebiasaan kami lakukan.”

Melihat kepada kenyataan Messi, beliau jelas sekali seorang ketua pasukan yang baik dan sangat bertanggungjawab kerana membimbing rakan sepasukannya supaya tidak terlalu yakin.

Walaupun Australia tidak dianggap sebagai pasukan pilihan, namun untuk menerima komen seperti itu dari Messi, ia jelas satu hal yang boleh mereka banggakan.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan bertemu Denmark, pengurus skuad kebangsaan Australia, Graham Arnold menjelaskan yang mereka kini berdepan tekanan yang sangat tinggi.

“Tiada keraian.”

Jelas Graham Arnold kepada SBS broadcast.

“Seperti yang saya katakan kepada pemain, itulah sebab kenapa kami mampu catatkan kemenangan selepas kejayaan kami menewaskan Tunisia.”

“Tak perlu keraian, tiada perasaan. Tidur. Tiada media sosial.”

Disamping merasakan tekanan untuk berdepan Argentina, Arnold walau bagaimanapun tetap berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya ketika mereka menewaskan Denmark.

“Saya sangat berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh pemain.”

Tambah Arnold lagi.

“Pulangan yang lumayan selepas mereka menunjukkan usaha yang sungguh menakjubkan.”

“Ia memerlukan keyakinan yang sangat tinggi, kerja keras dan pemain-pemain ini turun ke padang dengan mindset yang hebat. Kami sudah mula berkerja keras selama empat tahun setengah. Kami ada keyakinan, tenaga dan tumpuan.”

“Saya nampak dari mata mereka yang mereka pada malam ini sudah sangat bersedia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN