Qatar 2022: Lionel Messi Pilih England Sebagai Calon Kegemaran Untuk Muncul Juara

Lionel Messi telah menamakan tiga negara yang beliau rasakan akan mampu menjuarai saingan Piala Dunia di Qatar nanti dengan England merupakan antara pasukan pilihan bintang Argentina itu.

Bintang Paris Saint Germain itu pada ketika ini sedang bersedia untuk membawa Argentina menjuarai saingan Piala Dunia kali ini dengan edisi kali ini berkemungkinan akan menjadi edisi terakhirnya.

Walaupun Argentina sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini, namun harus diakui yang mereka bakal berdepan cabaran yang sangat sukar di Qatar nanti.

Skuad kendalian Lionel Scaloni itu merupakan calon kegemaran untuk muncul juara dan Messi sendiri sangat berharap agar beliau akan mampu membantu negaranya untuk memenangi Piala Dunia pertama mereka sejak 1986 lalu.

Bercakap menjelang bermulanya saingan Piala Dunia nanti, Messi tampil menamakan tiga pasukan yang beliau rasakan bakal mampu muncul juara pada tahun ini.

Bintang Argentina itu memilih England, Perancis dan Brazil sebagai antara pasukan yang paling berpotensi untuk muncul juara.

Bercakap kepada Persatuan Bola Sepak Amerika Selatan, CONMEBOL, Messi mendedahkan bahawa:

“Jika saya diminta untuk namakan pasukan paling berpotensi, saya rasa Brazil, Perancis dan England merupakan antara yang paling berpotensi.”

“Tapi Piala Dunia memang sangat sukar dan sangat sulit jadi segalanya mungkin boleh berlaku.”

Messi turut meluahkan keterujaan beliau untuk aksi pertama Argentina bertemu Arab Saudi di Qatar nanti.

“Kami sangat teruja, kami dapat kumpulan yang sangat baik, kami bersemangat, tapi kami rasa kami akan bermula perlahan-lahan.”

“Kami berharap kami akan mampu memulakan saingan Piala Dunia kali ini dengan cara terbaik bagi menghadapi apa sahaja yang akan datang.”

“Semakin kerap kamu bermain dan semakin banyak masa kamu habiskan atas padang, semakin kamu akan kenal satu sama lain.”

Argentina turun beraksi bertemu United Arab Emirates di Abu Dhabi pada Rabu lalu sebagai aksi pemanas badan mereka menjelang sepak mula saingan Piala Dunia.

Messi diturunkan dalam kesebelasan utama Argentina dan beliau turut berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan yang memperlihatkan skuad kendalian Lionel Scalloni itu membelasah UAE 5-0.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN