Qatar 2022: Neymar Percaya Kane Dan Sancho Mampu Bawa England Muncul Juara

Neymar telah menamakan Harry Kane dan Jadon Sancho sebagai dua pemain England paling beliau gemari dan beliau sangat yakin kedua-dua pemain tersebut akan mampu bawa The Three Lions untuk muncul juara.

Apa yang mengejutkan peminat adalah Neymar memilih Jadon Sancho sebagai nadi penting skuad England, sedangkan bintang Manchester United itu tidak tersenarai dalam skuad The Three Lions di Qatar nanti.

Neymar pada tahun ini bertekad mahu membantu Brazil untuk menjuarai Piala Dunia selepas beliau gagal melakukan hal tersebut di Brazil lapan tahun lalu.

Beliau ketika itu menjadi pemain harapan untuk memimpin Brazil menjuarai Piala Dunia di halaman mereka sendiri namun masalah kecederaan menyebabkan Neymar gagal untuk melakukan hal tersebut.

Brazil juga pada ketika itu berdepan kekalahan memalukan 7-1 di tangan Jerman dan jelas sekali skuad kendalian Tite itu tidak mahu hal sama berulang kembali.

Brazil kali ini merupakan antara pasukan kegemaran untuk menjuarai kempen Piala Dunia di Qatar dan mereka dijangka akan mampu mengakhiri penantian 20 tahun untuk merampas piala teragung dalam dunia bola sepak itu.

Walau negaranya dianggap sebagai calon kegemaran, pemain penyerang PSG itu tampil mendedahkan beberapa negara lain yang beliau rasakan turut mampu untuk menjuarai Piala Dunia tahun ini.

“Piala Dunia sentiasa penuh dengan kejutan.”

Jelas Neymar kepada The Telegraph.

“Kamu akan lihat pasukan yang tak dijangka akan mampu pergi jauh dalam pertandingan ini dan ramai yang akan terkejut tentang itu. Tapi saya percaya pasukan kegemaran adalah Argentina, Jerman, Sepanyol dan Perancis. Saya rasa semua empat pasukan ini bersama Brazil lebih dari layak untuk berada di pentas perlawanan akhir.”

Bintang berusia 30 tahun itu kemudiannya telah ditanya tentang peluang skuad England untuk muncul juara dan beliau turut diminta menamakan pemain kegemaran beliau dari skuad The Three Lions itu.

“Saya betul-betul hampir terlupa, England juga turut ada kesempatan!”

Jelas Neymar.

“Saya benar-benar suka dengan Harry Kane dan Jadon Sancho. Mereka merupakan dua pemain yang sangat menakjubkan dan saya sangat meminati mereka kerana saya menggemari pemain yang ada kualiti seperti mana mereka miliki.”

Pemain sayap Manchester United itu tiba di Old Trafford pada tahun 2021 yang lalu dan kebanyakkan peminat percaya beliau bakal menjadi nadi penting dalam sistem kendalian Gareth Southgate.

Sancho telah dipanggil untuk sertai skuad Euro England namun beliau ketika itu tidak mendapat minit permainan seperti yang diharapkan.

Beliau kemudiannya telah digugurkan dari skuad Piala Dunia England, dan hal itu mungkin kerana Sancho sering diketepikan dari skuad United sepanjang musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN