RASMI: Tomislav Steinbruckner Ganti Nafuzi Zain Kemudi Terengganu

Tomislav Steinbruckner

Selepas pemergian Nafuzi Zain, Terengganu telah melantik Tomislav Steinbruckner sebagai pengendali baharu kelab itu untuk musim hadapan.

Beliau bagaimana pun bukanlah orang baharu dalam bola sepak Terengganu, sebelum ini Steinbruckner telah berkhidmat sebagai pengarah teknikal kelab.

Kini menggantikan Nafuzi selepas tiga musim mengendalikan pasukan, sudah tiba masanya untuk Steinbruckner mengetuai Terengganu dengan harapan setinggi gunung menanti beliau.

“Kelab Terengganu FC dengan sukacitanya mengumumkan Tomislav Steinbruckner, dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu FC bagi musim 2023.

“Beliau akan memegang tanggungjawab utama untuk membentuk pasukan Terengganu FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2023 dan juga saingan Piala AFC 2023,” kata Terengganu menerusi kenyataan mereka.

Tugas berat menanti Steinbruckner apabila beliau perlu memastikan Terengganu berada di prestasi setara atau lebih baik lagi berbanding ketika era Nafuzi.

Ditambah pula dengan bola sepak Asia akan tiba di Gong Badak, permintaan untuk Terengganu berjaya pastinya akan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Sebelum ini, Nafuzi berjaya membawa Terengganu menjadi naib johan Liga Super dan perlawanan akhir Piala FA. Selain itu, Terengganu juga berjaya layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Steinbruckner akan bersama Terengganu selama dua musim dengan kontraknya akan tamat pada 31 Disember 2023.

“Tomislav telah menandatangani kontrak sebagai Ketua Jurulatih Terengganu FC untuk tempoh 1 tahun iaitu bermula 1 Disember 2022 sehingga 31 Disember 2023.

“Semestinya cabaran untuk mengendalikan pasukan Terengganu FC adalah besar kerana pasukan ini mengakhiri saingan Liga Malaysia dengan rekod yang baik dan semestinya pihak pengurusan kelab serta para penyokong ingin melihatkan rekod yang lebih cemerlang dapat dicapai bagi saingan musim 2023.

“Namun beliau mengambil tanggungjawab ini dan bersedia untuk memberikan khidmat terbaik untuk kelab ini,” kata Terengganu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN