- Pasukan: Senegal
- Benua: Afrika
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: 2002 (suku akhir)
Skuad kebangsaan Senegal dilihat mampu untuk mengorak langkah lebih jauh pada saingan Qatar 2022 berdasarkan prestasi semasa serta pemain dimiliki mereka.
Pasukan yang dikendalikan oleh Aliou Cisse itu kali terakhir mara ke peringkat lebih jauh dalam saingan Piala Dunia pada tahun 2022 apabila mereka terkandas di pusingan suku akhir.
Perjalanan berliku di pusingan kelayakan
Pasukan yang menjuarai African Nations Championship pada tahun lalu ini tampil cemerlang pada aksi peringkat Kumpulan H bagi kelayakan Piala Dunia, setelah tidak tewas langsung dalam enam aksi dilalui.
Mereka hanya seri ketika bertemu Togo dalam pusingan kedua peringkat kumpulan selain kekal mencatat kemenangan ketika menentang Congo, Namibia, serta aksi awal bertemu Togo.
February 6: Sadio Mané's penalty vs. Egypt wins AFCON for Senegal
Today: Sadio Mané's penalty vs. Egypt sends Senegal to the 2022 World Cup
— B/R Football (@brfootball) March 29, 2022
Namun, mereka terpaksa berdepan cabaran agak berliku ketika bertemu Mesir yang diketuai Mohamed Salah dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia.
Dua kali aksi menyaksikan Senegal tewas terlebih dahulu pada perlawanan pertama sebelum kembali bangkit mencatat kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.
Sadio Mane jadi tumpuan utama
Penyerang Bayern Munich ini kekal menjadi antara pemain bintang utama buat Senegal berdasarkan rekod semasa beliau bersama kelab serta sumbangannya sebelum itu buat skuad kebangsaan.
Tiga jaringan telah diledak beliau sepanjang kempen kelayakan Piala dunia peringkat kumpulan selain sumbangan besar Mane ketika menyudahkan penalti untuk membawa Senegal ke Piala Dunia.
🚨 BREAKING: Sadio Mané will miss the World Cup due to injury, according to @lequipe 🚑 pic.twitter.com/4GBzSXAmD4
— 433 (@433) November 9, 2022
Tampil licik di hadapan gol, bekas penyerang Liverpool ini sebenarnya boleh dikatakan aset utama serangan Senegal untuk aksi di Qatar ini.
Menerusi rekod beliau yang cemerlang bersama skuad kebangsaan sehingga menjulang AFCON pada tahun inu menerusi sepakan penalti diambil beliau.
Berdasarkan pengalaman Mane di pentas antarabangsa, beliau pastinya akan mengetuai serangan buat Senegal untuk merobek gawang gol lawan.
Namun, khabar terbaharu menyatakan pemain tersebut mungkin akan terlepas untuk aksi Piala Dunia kerana dilaporkan mengalami kecederaan.
Qatar 2022: Skuad Muda Ecuador Mahu Ulangi Rekod Piala Dunia 2006
Ismaila Sarr perlu diberi perhatian
Pemain berusia 24 tahun ini juga menjadi salah satu tonggak utama kejayaan Senegal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 ini menerusi kelincahannya.
Tonggak yang beraksi bersama Watford ini tampil dengan gol diledak beliau dalam peringkat Kumpula H sewaktu aksi kelayakan dan dengan usia masih muda, Sarr mempunyai banyak ruang untuk terus menyerlah.
Last goal: Nov 2021 v Man United#Senegal’s Ismaila Sarr at The Hawthorns 💡💥 ✨ pic.twitter.com/Z6Ha6lBcei
— Oluwashina Okeleji (@oluwashina) August 9, 2022
Jika beliau mampu tampil menyerlah bersama Mane pada aksi ini, maka tidak hairan jika ada kelab-kelab lebih besar turut berminat untuk mendapatkan pemain yang sangat rajin di atas padang ini.
Peluang untuk Senegal?
Cabaran mereka di peringkat kumpulan ini pastinya terarah kepada Belanda apabila pasukan tersebut mempunyai ramai pemain bintang berbanding Senegal.
Masalah utama Senegal ketika ini adalah konsistensi mereka di bahagian pertahanan dan gawang gol, apabila hanya satu ‘cleansheet’ dicatat skuad kendalian Cisse sepanjang aksi kelayakan.
Selain itu, mereka juga perlu mempelbagaikan variasi serangan dan tidak boleh terlalu menumpukan Mane sahaja untuk menggerakannya.
Secara keseluruhan, tidak banyak keistimewaan dapat diperkatakan mengenai Senegal selain ramai pemain dilihat semakin berusia dan bintang muda kurang sensasi di pentas antarabangsa.
Ditambah dengan isu kecederaan yang dihadapi Mane, pasukan tersebut perlu memikirkan solusi terbaharu untuk menggantikan tempatnya selaku penggempur utama Senegal.
Namun tanpa tekanan yang besar serta tidak terlalu diberi tumpuan, menjadikan para pemain mungkin lebih tenang dan mampu mencipta kejutan untuk edisi Piala Dunia kali ini.
Semoga berjaya, Senegal.