Qatar 2022: Reaksi Firmino Selepas Namanya Digugurkan Dari Skuad Piala Dunia Brazil

Para peminat terutama dari kalangan penyokong Liverpool sangat kecewa melihat Roberto Firmino disingkirkan dari senarai skuad Piala Dunia Brazil.

Roberto Firmino sendiri juga sepertinya kecewa melihat dirinya tidak disenaraikan dalam senarai skuad yang akan ke Piala Dunia, apa lagi selepas melihat beliau kini sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.

Berbanding beberapa pemain Brazil lain yang telah dipanggil untuk beraksi di Qatar nanti, Firmino sebenarnya mencatatkan statistik yang jauh lebih baik.

Ketika Liverpool kehilangan sentuhan jaringan, Firmino tampil membantu skuad kendalian Jurgen Klopp itu dengan menjaringkan gol-gol penting untuk mereka.

Melihat bagaimana aksi beliau sepanjang musim baharu ini, ramai peminat percaya yang beliau bakal memimpin jentera serangan Brazil di pentas Piala Dunia nanti.

Walau bagaimanapun, ketika Tite mengumumkan senarai 26 pemain yang mahu beliau bawa ke Qatar, nama Roberto Firmino tidak disebut oleh pelatih skuad gergasi Amerika Selatan itu.

Para peminat jelas sekali kecewa melihat Firmino tidak dipanggil kerana merasakan penyerang Liverpool itu antara yang paling layak untuk beraksi di Qatar nanti.

Peminat turut kecewa melihat barisan pemain yang mencatatkan statistik lebih teruk dari Firmino dipanggil untuk sertai skuad Piala Dunia.

Tuan empunya badan sendiri, Firmino turut meluahkan kekecewaan beliau tidak dipanggil untuk sertai skuad Piala Dunia Brazil.

Menulis di laman Instagram miliknya, Firmino mendedahkan bahawa:

“Sekadar mahu mengucapkan terima kasih atas mesej-mesej indah yang saya terima.”

“Piala Dunia merupakan impian untuk semua pemain dan begitu juga bagi saya. Semalam segalanya berjalan tidak seperti apa saya bayangkan atau impikan dalam hidup saya.”

“Namun begitu, saya fikir-fikir semula dan saya rasa bersyukur kerana tuhan sebenarnya sudah membenarkan saya untuk nikmati impian saya itu pada tahun 2018 yang lalu.”

https://twitter.com/HiplayHq/status/1590404494763753473?s=20&t=I6lW1s908yq9-_7TZJMIRQ

Walau merasa kecewa namanya tidak disenaraikan, namun Firmino tetap mendoakan yang terbaik untuk skuad kebangsaan Brazil.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua yang dipanggil.”

Brazil merupakan antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Piala Dunia kali ini dan walau tanpa kehadiran Roberto Firmino, harus diakui yang Tite sudah memiliki barisan pemain luar biasa untuk beliau harapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN