Aura Dani Alves Akan Pastikan Brazil Muncul Juara Piala Dunia 2022

Dani Alves

Pemilihan Dani Alves di dalam skuad Piala Dunia Brazil hujung bulan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat setia dimana ada yang setuju dan tidak kurang juga yang mempertikai mengapa beliau perlu dibawa ke Qatar.

Adakah Adenor Leonardo Bacchi atau Tite telah melakukan kesilapan percaturan? Bagi seorang jurulatih pasti beliau ada alasan tersendiri mengapa sanggup membawa pemain ini terbang ke Qatar.

Namun ada satu perkara menarik berkenaan Alves iaitu dari segi tuah. Beberapa tahun kebelakangan ini, beliau berjaya mencatat keputusan positif bersama Brazil dan mungkin ini akan berterusan sehingga ke Piala Dunia.

Bermula dari tahun 2019 sehingga 2021, dalam tiga kejohanan utama bersama Brazil, beliau peroleh dua kejuaraan dan tempat kedua yang berjaya dilakar.

Di kejohanan Copa America, Alves berjaya membantu Brazil muncul juara pada tahun 2019 selepas kali terakhir mereka memenanginya pada 2007. Alves juga dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan pada 2019.

Pada tahun 2021, bekas pemain Barcelona ini bersama rakan-rakanya hampir mempertahankan kejuaraan untuk dua edisi berturut-turut namun tewas ditangan Argentina di pentas akhir.

Selain itu, beliau juga berjaya membantu skuad muda Brazil mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Terdapat satu lagi fakta menarik iaitu, ketika mereka muncul juara pada edisi 2002, kejohanan itu diadakan di Asia iaitu Korea Selatan serta Jepun dan kini, negara Asia sekali lagi dipilih menjadi tuan rumah.

Apakah persamaan dari segi benua dan terdapat nombor dua ini akan memberi satu lagi teori ‘konspirasi’ mengenai keberadaan Alves dalam skuad Brazil.

Adakah persamaan ini akan memberi tuah sekali lagi untuk Brazil?

Jika mengikut kepercayaan orang Malaysia, Brazil akan merangkul kejuaraan Piala Dunia sekali lagi memandangkan 20 tahun lalu mereka melakukannya di benua yang sama iaitu Asia.

Dan sudah pasti, Alves akan menjadi sebahagian daripada watak penting kejayaan Brazil merangkul kejuaraan dunia keenam mereka.

Dengan pengalaman yang beliau ada hampir 16 tahun bersama skuad Samba, sudah pasti Tite mengharapkan Alves dapat memberi semangat dan tunjuk ajar yang terbaik kepada pemain muda dalam memastikan perjalanan mereka di Qatar kali ini dapat diakhiri dengan satu kisah manis.

Selain Alves, ketua pasukan mereka, Thiago Silva juga antara individu yang berusia hampir sama dan majoriti pemain lain adalah berusia di bawah 30 tahun.

Alves telah mencipta satu rekod baharu apabila menjadi pemain paling tua apabila bakal beraksi untuk kali ketiga di Piala Dunia bersama Brazil pada usia 39 tahun.

Malah, beliau juga berpeluang untuk memintas Roberto Carlos ditangga kedua untuk pemain paling banyak membuat penampilan bersama Brazil.

Mampukah Brazil tamatkan kemarau 20 tahun dan Qatar akan menjadi saksi mereka muncul juara Piala Dunia kali keenam? Apakah benar Alves akan membawa tuah untuk skuad Samba lagi pada tahun ini?

Brazil diundi dalam kumpulan G bersama Serbia, Switzerland dan Cameroon dan jika dilihat secara kasar, skuad bimbingan Tite tiada masalah besar untuk ke pusingan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN