Jumlah Gol Bergson Pada 2022 Sebaris Haaland & Lewandowski

Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memuncak di mata dunia, setelah penyerang tonggak mereka iaitu Bergson da Silva telah tersenarai antara penjaring gol terbanyak dunia tahun ini.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi media sosial rasmi Johor Southern Tigers (JST) sebentar tadi dengan menyatakan Bergson kini sebaris bersama beberapa lagi penyerang terbaik dunia termasuk Robert Lewandowski.

Musim ini boleh dianggap sebagai tahun terbaik buat penyerang dari Brazil itu apabila beliau tampil unggul selaku penjaring terbanyak untuk saingan Liga Super 2022.

29 gol yang diledak penyerang tersebut pada musim ini dalam saingan Liga Super cukup untuk menggambarkan Bergson begitu tajam sekali ketika ini dalam Malaysia.

Menurut JST, Bergson telah tersenarai dalam lima penjaring terbanyak dunia tahun ini menerusi sebuah laman sukan di Instagram iaitu ge.globo.

Secara keseluruhan, Bergson telah pun meledak 41 gol daripada 31 perlawanan dihadapi beliau bersama JDT untuk tahun 2022.

Empat lagi pemain yang turut tersenarai ialah Kylian Mbappe, Erling Haaland, German Cano, dan juga Lewandowski apabila masing-masing tampil dengan rekod jaringan memukau.

Menurut laman berkenaan, Mbappe mendahului senarai jaringan dengan 46 gol telah diledak beliau daripada 47 gol aksi beliau bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Diikuti 42 gol, masing-masing diledak oleh penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland dan juga tonggak utama Fluminense iaitu German Cano.

Bergson dilihat telah pun mendahului jumlah jaringan penyerang kebangsaan Poland, Lewandowski apabila tonggak Barcelona itu meledak 40 gol sahaja tahun ini dan kurang satu jaringan berbanding pemain JDT tersebut.

Kejayaan itu pastinya akan membuka mata lebih ramai pemerhati bola sepak dunia, setelah jersi JDT berada sebaris bersama kelab-kelab besar dunia untuk menghasilkan penjaring terbanyak tahun ini.

Tampil dengan pakej kekuatan fizikal, kepantasan, dan bijak menghidu peluang pastinya Bergson akan dikekalkan pasukan tersebut untuk saingan musim hadapan.

Ketika ini Bergson masih lagi aktif untuk terus meledak, setelah saingan Piala Malaysia 2022 masih lagi berjalan dan memasuki pusingan kedua suku akhir dan jumlah jaringan beliau mungkin akan terus bertambah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN