Qatar 2022: 10 Pemain Muda Yang Bakal ‘Meletop’ Di Piala Dunia

Jude Bellingham Pedri 10 Pemain Muda Piala Dunia Qatar 2022

Piala Dunia FIFA, kejohanan bola sepak paling berprestij di atas muka bumi ini yang bakal bermula tidak lama lagi dengan Qatar akan menjadi tuan rumah.

Ketika ini kesemua pasukan yang layak ke pusingan akhir sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing.

Namun tumpuan diberikan kepada pemain-pemain muda yang berpeluang mencipta impak bersama pasukan kebangsaan masing-masing.

Berikut adalah 10 pemain muda pilihan Semuanya BOLA untuk menyinar di kejohanan Piala Dunia 2022 pada tahun ini.

10. Nuno Mendes (Portugal)

Tidaklah terlalu mengejutkan pemain pertahanan kiri ini mendapat perhatian Fernando Santos untuk dibawa bersama skuad A Salecao ke Qatar berdasarkan prestasi semasanya ketika ini.

Selepas dikaitkan dengan beberapa kelab ternama, bekas pemain Sporting Lisbon ini akhirnya menyertai kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dan muncul pemain utama di Parc des Princes walaupun usianya baru mencecah 20 tahun.

9. Ryan Gravenberch (Belanda)

Ajax terus mengekalkan reputasinya selaku ‘kilang’ produk-produk bermutu tinggi dan pemain berusia 20 tahun ini adalah salah satu daripadanya.

Kematangannya mengemudi bahagian tengah membuatkan Bayern Munich tidak mahu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan khidmatnya lalu menyambar pemain muda ini dengan nilai €18 juta dengan tambahan €5 juta.

Beliau telah pun dipanggil menyertai skuad kebangsaan Belanda dua tahun yang lalu dan membuat penmplan pertamanya pada Mac 2021.

8. Ansu Fati (Sepanyol)

Selepas kembali daripada kecederaan jangka panjang, beliau dilihat agak bergelut untuk kembali ke prestasi terbaik yang ditampilkan di awal penampilannya bersama Barcelona.

Namu pemain berusia 20 tahun ini mempunyai ‘magis’ tersendiri yang manjadikan beliau begitu istimewa di mata Luis Enrique. Setakat ini boleh dikatakan tempatnya terjamin untuk dibawa ke Qatar.

7. Jamal Musiala (Jerman)

Mendapat didikan awal di akademi Chelsea dan pernah beraksi bersama skuad bawah umur England, pemain berusia 19 tahun ini akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah ke Jerman bagi meneruskan perkembangan kariernya.

Beliau muncul pemain Bayern Munich paling muda membuat penampilan di Bundesliga pada usia 17 tahun dan 115 hari.

Musiala mengakui sukar untuk membuat keputusan antara England dan Jerman kerana berbelah bahagi untuk memilih kedua-dua negara yang begitu dekat dengan hatinya. Namun suara hatinya kuat untuk memilih negara kelahirannya Jerman.

6. Eduardo Camavinga (Perancis)

Menyertai Real Madrid telah menjadi salah satu keputusan terbaik buat pemain berusia 19 tahun ini di mana beliau telah membantu kelab gergasi Sepanyol itu menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim pertamanya.

Usianya langsung tidak menjadi penghalang untuk membuat impak bersama skaud kendalian Carlo Ancelotti dan pastinya ketiadaan pemain-pemain utama di bahagian tengah Perancis seperti Paul Pogba dan N’Golo Kante akan memberi kelebihannya kepadanya untuk beraksi di kesebelasan utama.

5. Gavi (Sepanyol)

Satu lagi bintang muda yang semakin menyinar dan diyakini mampu mencipta impak luar biasa di pentas Piala Dunia tidak lama lagi.

Selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama Barcelona, pengendali skuad La Roja, Luis Enrique tentunya tidak mahu terlepas menyenaraikan pemain berusia 18 tahun ini yang sudah pun membuat 12 penampilan bersama skuad senior di peringkat antarabangsa.

4. Rafael Leao (Portugal)

Deretan pemain bintang di bahagian serangan Portugal membuatkan beliau ‘tercicir’ daripada skuad Euro 2020 yang lalu.

Namun kejayaan pemain berusia 23 tahun ini membantu AC Milan menamatkan penantian menjulang kejuaraan Serie A musim lalu meletakkannya sebagai pemain yang tidak boleh ditinggalkan bagi edisi Piala Dunia pada tahun ini.

Beliau mula disenaraikan ke skuad senior pada Oktober tahun lalu dan tempatnya kini boleh dikatakan terjamin berdasarkan prestasi cemerlangnya ketika ini.

3. Phil Foden (England)

https://twitter.com/BetterknowYou/status/1446959676218773505?s=20&t=sY25_u2RU9SRnadTgLMmvw

Bagi peminat Liga Perdana Inggeris (EPL), tidak mungkin nama pemain beruasia 20 tahun ini boleh diperdebatkan sekiranya beliau disenaraikan bersama skuad England ke Piala Dunia pada tahun ini.

Beliau telah pun membuktikan kematangannya ketika kejohanan Euro 2020 tahun lalu. Namun tetap perlu bekerja keras untuk berada dalam pilihan utama Gareth Southgate kerana persaingan dengan beberapa pemain bintang lain.

2. Jude Bellingham (England)

Kualiti yang dimiliki pemain tengah Borussia Dortmund ini menjadi senjata penting buat Gareth Southgate untuk dipertaruhkan di Qatar.

Pada usia 19 tahun, Jude Bellingham telah pun mengukuhkan namanya dalam skuad Three Lions.

1. Pedri (Sepanyol)

Nama pemain ini sudah terlalu besar dalam skuad La Roja, tidak sepadan dengan usianya yang bakal mencecah 20 tahun pada bulan ini dan menjadi pilihan utama Semuanya BOLA untuk menggondol anugerah pemain muda terbaik bagi kejohanan Piala Dunia 2022.

Sentuhannya magis dan kawalannya di bahagian tengah menjadikan beliau seolah-olah ‘jantung’ buat pasukan tidak kira ketika bersama Barcelona dan Sepanyol membuktikan beliau mempunyai kelas tersendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN