Karim Benzema Dituduh Sengaja Membiarkan Real Madrid Huru-Hara

Karim Benzema telah dihentam teruk oleh legenda Real Madrid kerana beliau didakwa dengan sengaja telah membiarkan kelabnya huru-hara demi untuk memastikan dirinya dapat beraksi di pentas Piala Dunia.

Pemenang anugerah Ballon d’Or tahun 2022 itu merupakan nadi penting yang membantu Real Madrid menjuarai saingan Champions League dan La Liga pada musim lalu.

Beliau walau bagaimanapun bergelut untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaiknya pada musim ini dengan Benzema kerap diketepikan atas pelbagai faktor.

Benzema pada musim ini telah terlepas lapan perlawanan kerana dibelenggu masalah kecederaan dan ketiadaan beliau jelas sekali sedikit merencatkan perjalanan Los Blancos dalam saingan La Liga musim ini.

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan yang Benzema sedang benar-benar dibelenggu masalah kecederaan dan kerana itulah beliau tak dapat diturunkan.

Walau bagaimanapun, salah seorang legenda kelab percaya yang Benzema sebenarnya bukan benar-benar cedera, sebaliknya beliau sedang bersedia untuk Piala Dunia.

Bercakap kepada El Chiringuito menurut MadridXtra, Guti tampil menghentam bekas rakan sepasukannya itu kerana merasakan Benzema sengaja membiarkan kelab dalam keadaan huru-hara kerana mahu beri tumpuan kepada Piala Dunia.

Beliau kemudiannya menamakan Robert Lewandowski dan Lionel Messi sebagai contoh yang patut Benzema contohi kerana kedua-dua pemain itu masih berkhidmat untuk kelab walau mereka juga tidak sabar untuk ke Qatar.

“Situasi Benzema? saya tak faham dia.”

Jelas Guti.

“Lionel Messi masih bermain bersama PSG, Robert Lewandowski masih bermain bersama Barcelona dan begitu juga dengan ramai lagi pemain lain. Kamu perlu terima risiko kecederaan sebelum Piala Dunia, kamu tak sepatutnya membiarkan kelab kamu huru-hara.”

Benzema kembali sertai skuad kebangsaan Perancis pada tahun 2021 lalu selepas sekian lama beliau tersisih.

Pemain berusia 34 tahun itu memainkan peranan penting untuk skuad Los Blancos sejak ketiadaan Cristiano Ronaldo yang meninggalkan Santiago Bernabeu pada tahun 2018 yang lalu.

Mariano Diaz dan Luka Jovic diharapkan akan mampu memberi impak, namun kedua-dua mereka gagal menepati ramalan dan kehendak kelab.

Guti kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Kita semua tahu ini akan berlaku, saya tak faham bagaimana Real Madrid masih gagal dapatkan pengganti.”

Bercakap tentang skuad Perancis di pentas Piala Dunia kali ini, mereka telah diundi untuk berada dalam kumpulan D bersama Denmark, Australia dan Tunisia.

Didier Deschamps sudah mengumumkan skuadnya untuk Piala Dunia Qatar ini dengan pemain terpentingnya seperti N’Golo Kante dan Paul Pogba terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN