Liverpool Bengang Dengan Perangai ‘Tak Semenggah’ Ejen Dembele

Liverpool dikatakan hilang sabar dengan perangai tak semenggah Moussa Sissoko yang terlalu kerap menyebarkan khabar angin tak betul.

Moussa Sissoko merupakan ejen kepada Ousmane Dembele dengan beliau pada ketika ini sedang menggunakan taktik kotor untuk menarik perhatian Barcelona.

Dembele pada ketika ini masih memegang status sebagai pemain bebas ejen, dengan beliau turut dikaitkan bakal menyertai beberapa kelab lain.

Barcelona sendiri sementara itu masih dalam usaha mereka mahu memujuk bintang Perancis itu agar menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Dembele walau bagaimanapun tidak gembira dengan tawaran gaji yang ditawarkan oleh Barcelona, dan kerana itulah beliau masih belum mahu menandatangani kontrak baru.

Taktik keji Moussa Sissoko mahu mencuri perhatian Barcelona

Ejen kepada Ousmane Dembele, Moussa Sissoko telah menggunakan taktik yang agak keji untuk mencuri perhatian Barcelona, dengan Liverpool dilaporkan tidak gembira melihat tindakan beliau itu.

Sissoko mengaitkan Dembele dengan The Reds dalam usahanya mahu menarik perhatian Barcelona supaya menaikkan tawaran yang ditawarkan kepada Dembele sebelum ini.

Hakikatnya, Liverpool sebenarnya langsung tidak pernah mengikuti perkembangan Dembele, apa lagi berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Menurut laporan dari wartawan CBS, Ben Jacobs, Liverpool sebenarnya agak terkilan dan bengang dengan tindakan dari Moussa Sissoko itu.

Bercakap kepada The Done Deal Show, Jacobs menyatakan bahawa:

“Semuanya datang dari Sissoko yang cuba memanfaatkan, menakut-nakutkan, tetapi kenyataannya dia lakukan ketika Dembele sedang berunding dengan Barcelona dan dengan harapan akan dapat lebih.”

“Liverpool sebenarnya ketawa dengan kaitan itu dan mereka sebenarnya juga sudah beri amaran kepada Sissoko supaya tidak sebarkan berita palsu tentang minat mereka.”

“Mereka tak minat untuk dapatkan Dembele dan mereka sudah menjelaskan itu dengan memberitahu bahawa mereka tak gembira dikaitkan dengan pemain itu.”

Liverpool tidak mungkin tandatangani Dembele

Ousmane Dembele sememangnya terkenal sebagai pemain yang terlalu mudah cedera dan beliau sepertinya lebih banyak menghabiskan masa di hospital berbanding di padang latihan.

Melihat kepada hal itu, jelas sekali beliau tidak sesuai dengan sistem permainan Liverpool yang mengamalkan gaya permainan pressing.

Dembele mungkin akan lebih kerap mengalami kecederaan andai beliau bermain dalam sistem kendalian Jurgen Klopp dan Liverpool tak mungkin akan mengambil risiko itu.

Sebab utama mengapa Liverpool tidak akan pernah mendapatkan khidmat Dembele adalah kerana beliau tidak mahu menerima gaji yang rendah.

Liverpool merupakan kelab yang sentiasa mementingkan keharmonian di bilik persalinan dan mereka juga sangat-sangat menjaga struktur gaji kelab.

Mustahil untuk Liverpool merosakkan struktur gaji mereka hanya kerana pemain seperti Ousmane Dembele.

Dembele pemain yang gagal dan tak bersyukur

Dembele menyertai Barcelona pada tahun 2017 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai €140 juta dari Borussia Dortmund.

Walau bagaimanapun, beliau jelas sekali tidak menyumbang atau menunjukkan impak yang setanding dengan nilai yang Barcelona bayar untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau hanya mampu membuat 149 penampilan bersama kelab dan hanya menjaringkan 19 gol sepanjang tempoh 5 tahun bersama Barcelona.

Masalah kecederaan merupakan faktor utama mengapa beliau kerap diketepikan dengan Dembele seperti dinyatakan di atas, lebih kerap menghabiskan masa di hospital berbanding di padang latihan.

Walaupun begitu, ia sama sekali tidak menghalang beliau untuk menuntut gaji yang tinggi dari kelab dan permintaan beliau jelas sekali tidak masuk akal.

Dembele meminta kenaikkan gaji tiga kali ganda dari gaji yang beliau terima pada ketika ini, namun Barcelona menolak untuk menerima cadangan beliau itu.

Beliau sebelum ini sekadar makan gaji buta bersama kelab, dan kini selepas boleh kembali beraksi, beliau segera meminta kelab supaya menaikkan gajinya.

Hal itu jelas sekali mengundang rasa marah para penyokong, dan kerana itulah beliau pada ketika ini dianggap sebagai tokoh paling dibenci di Nou Camp.

Dembele dan Barcelona sendiri masih berunding soal kontrak barunya, namun tiada kata sepakat yang berjaya dicapai dari rundingan tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, Dembele masih lagi pemain berstatus bebas ejen, dan beliau tiada masalah untuk tandatangani kontrak bersama mana-mana pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN