Edwin van der Sar mendedahkan beliau berminat untuk menggantikan tempat Ed Woodward di Manchester United sebaik sahaja Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu meninggalkan jawatan tersebut pada penghujung tahun ini.
Perletakan jawatan Woodward difahamkan mempunyai kaitan dengan kontroversi persetujuan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut untuk menyerai European Super League (ESL) yang akhirnya mendapat bantahan keras dari penyokong.
Ini bermakna United akan memulakan pencarian untuk mendapatkan penggantinya dalam masa tedekat bagi mengetuai pengurusan kelab terutamanya melibatkan pengurusan kewangan dan transaksi pemain.
📝 | Edwin van der Sar favourite to replace Ed Woodward #MUFC [MEN] pic.twitter.com/7lYPjbUsjI
— UtdXclusive (@UtdXclusive) April 21, 2021
Sebaik sahaja bersara, bekas penjaga gol United itu menyertai Ajax pada 2012 selaku pengarah pemasaran sebelum dinaikkan pangkat menjadi pengerusi eksekutif pada 2016 sehingga kini.
Kredibiliti Van der Sar dipuji pelbagai pihak dan diiktiraf sebagai salah seorang eksekutif terbaik di Eropah dengan hasil kerjanya dalam beberapa tahun ini terutamanya melibatkan transaksi pembelian dan penjualan pemain yang memberi banyak keuntungan kepada Ajax.
United pada 2019 telah mengikut jejak beberapa kelab lain dengan membentuk jawatan seperti pengarah bola sepak dan pengarah teknikal dan memilih John Murtough dan Darren Fletcher.
Van der Sar yang mempunyai hubungan istimewa dengan bekas kelabnya itu sudah tentu mempunyai kelebihan untuk mengembalikan kegemilangan United yang sudah ketandusan kejuaraan liga sejak 2013.
“Ianya bukan baharu, nama saya telah dikaitkan dengan mereka sejak sekian lama,” ujar Van der Sar kepada ESPN mengenai spekulasi tersebut.
Get rid of the Glazers, get rid of Woodward, give this man power… Edwin van der Sar is the director we want, the one we need. pic.twitter.com/w8zyYHNxb6
— Mohamed Fadel | محمد فاضل (@mohakrf) August 30, 2020
“Dengan bebanan dan tekanan kerja di sana, kamu perlu ada jiwa bersama kelab tersebut, saya tak akan bekerja di kelab yang saya tidak ada perasaan istimewa. Saya hanya boleh lakukannya bersama Ajax dan United, bukan kelab lain.”
Bagaimanapun Van der Sar mengakui setakat ini masih tiada sebarang tawaran rasmi dari Old Trafford.
“Saya sangat gembira dapat melihat hasil kerja saya di Ajax dan bagaimana kelab ini berkembang dalam tempoh beberapa tahun ini. Sejak 10 tahun lalu kami telah menetapkan sasaran kembali menjadi yang terbaik di Eropah.
“Boleh dikatakan kami telah berjaya, tetapi kami terpaksa bekerja keras untuk mencapai tahap itu walaupun kami tiada pemilik yang kaya raya dan tidak mendapat bantuan dari kerajaan.”
Sekiranya pelantikan Van der Sar menjadi kenyataan, tentunya ia menggembirakan penyokong United memandangkan beliau merupakan individu dan personaliti yang popular selepas meraih pelbagai kejuaraan termasuk Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2008.
Woodward pula ternyata tidak digemari oleh penyokong memandangkan latar belakangnya cuma bekas akauntan dan pegawai bank pelaburan yang tiada kaitan dengan bola sepak.
United sebelum ini dilaporkan pernah ‘melamar’ Van der Sar untuk jawatan pengarah sukan, namun dalam satu temuramah dengan TalkSports, beliau secara terbuka mengatakan tidak berminat untuk bekerja di bawah Woodward.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
Ini Sebab Kenapa 2 Bekas Kapten Manchester United Sokong Rusuhan Di Old Trafford.
‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United