Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United, Ed Woodward mengesahkan beliau akan meletakkan jawatannya pada penghujung tahun ini.
Pengumuman tersebut dibuat sebelum United bersama lima pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) mengambil keputusan untuk menarik diri daripada kejohanan tersebut selepas mendapat bantahan keras daripada penyokong masing-masing.
Ia sekaligus mengakhiri khidmat Woodward selama 16 tahun di Old Trafford di mana beliau menyertai United pada 2005 sebelum dilantik ke jawatan sekarang ini sejak 2012.
BREAKING: Ed Woodward has reportedly resigned as Manchester United CEO. Unconfirmed but madness if it happens.
(Source: talkSPORT) pic.twitter.com/ZTN6CznvUv
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 20, 2021
“Saya amat berbangga dapat berkhidmat untuk United dan ianya satu penghormatan untuk bekerja dengan salah satu kelab terbaik sepanjang 16 tahun ini,” ujar Woodward.
“Kedudukan kelab ini masih dalam landasan terbaik untuk jangka masa panjang dan ianya amat sukar untuk melangkah keluar dari sini pada penghujung tahun ini.”
Bagaimanapun pengumuman perletakan jawatan individu berusia 49 tahun tersebut disambut dengan meriah oleh penyokong United terutamanya di media sosial.
"So I just marched into his office and told him straight, I’m the captain of Manchester United and I’m relieving you of your duties" pic.twitter.com/qc7nt4ctVy
— bruno NOT fernandes (@whel_oooo) April 20, 2021
REST IN PISS BOZO HAHAHAHA#GlazersOut
— Pøgba Senior (@TheSaItIsHere) April 20, 2021
Keberadaan Woodward dan pemilik kelab, keluarga Glazer tidak begitu disenangi dan sering menjadi sasaran kemarahan penyokong setia The Red Devils disebabkan keputusan-keputusan tidak popular yang diambil.
Pada Januari tahun lalu, rumahnya telah diserang oleh sekumpulan individu berpenutup kepala yang dipercayai penyokong Manchester United tidak senang dengan prestasi semasa kelab.
Dengan perkembangan terbaharu ini, nama bekas pengerusi eksekutif kelab berkenaan, David Gill kembali menjadi sebutan kerana kejayaan tokoh korporat itu menghasilkan banyak kejayaan sepanjang 10 tahun perkhidmatannya pada 2003 hingga 2012.
There should be only one man to return to Old Trafford. #MUFC pic.twitter.com/A2aj2H59Rk
— Brad Cox (@BradJCox_) April 20, 2021
Kredit Foto: Getty Images
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Ed Woodward dan Manchester United:
Ed Woodward Diberi Perlindungan Tambahan, Persediaan Hadapi Kemarahan Penyokong United