Akui Alpa Mahu Sertai ESL, Arsenal Mohon Maaf Kepada Penyokong

Salah satu daripada enam pasukan Premier League yang merencana European Super League (ESL), Arsenal, telah menulis sebuah surat terbuka buat penyokong mereka.

Dalam surat terbuka itu, mereka telah menulis secara panjang lebar mengenai situasi yang berlaku dan mengapa ESL dilihat sebagai satu jalan terbaik untuk menyelamatkan kelab.

Akan tetapi, selepas mendengar keluhan penyokong mengenai apa yang berlaku, Arsenal memilih untuk melakukan pusingan-u dalam tindakan mereka lalu membatalkan hasrat menyertai ESL.

“Kami melakukan kesilapan, dan kami memohon maaf disebabkan itu,” kata Arsenal menerusi laman rasmi mereka.

Surat yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi Arsenal itu mengatakan yang mereka sentiasa mahu membawa kelab tersebut ke depan dan ESL adalah salah satunya.

Namun begitu, mereka mengakui kesilapan berlaku dalam penilaian dan suara penyokong telah diambil kira.

Berikut merupakan teks penuh surat terbuka itu:

“Beberapa hari kebelakangan ini sekali lagi telah menunjukkan perasaan mendalam penyokong kami di seluruh dunia terhadap kelab hebat ini dan sukan yang kita cintai.”

“Kami tidak perlukan peringatan tetapi respon dari penyokong kebelakangan hari ini telah memberikan kami lebih masa untuk bermuhasabah.”

“Bukanlah niat kami untuk mewujudkan kekusutan, tetapi apabila jemputan untuk menyertai ESL tiba, walaupun kami tidak pasti akan jaminannya, kami tidak mahu ketinggalan dalam menjaga Arsenal dan masa depannya.”

“Hasil daripada mendengar pendapat dari anda dan komuniti bola sepak sejak beberapa hari ini, kami memilih untuk menarik diri daripada ESL. Kami melakukan kesilapan dan kami memohon maaf kerana itu.”

“Kami sedar ianya mengambil masa untuk mendapatkan semula keyakinan dari anda dalam apa yang kami cuba usahakan di Arsenal.”

“Tetapi suka untuk kami ingatkan keputusan untuk menyertai ESL adalah disebabkan kemahuan kami melindungi Arsenal, kelab yang anda cintai, dan menyokong sukan yang anda gemari menerusi solidariti yang lebih kuat dan kestabilan kewangan.”

“Kestabilan adalah asas untuk sukan ini dan kami akan berusaha untuk membawa keselamatan yang diperlukan sukan ini untuk bergerak ke depan.”

“Sistem perlu diperbaik. Kita mesti bekerjasama yang bakal membentuk masa depan permainan dan memanfaatkan kuasa luar biasa bola sepak untuk membuatkan kita teruja dengannya.”

“Akhir sekali, kami sedar kesudahan yang cukup merugikan kepada tahun yang begitu sukar buat kita semua.”

“Sasaran kami adalah sentiasa membuatkan keputusan yang tepat untuk kelab hebat ini, untuk melindungi masa depannya dan membawanya maju ke depan. Kami tidak melakukan keputusan yang tepat dalam hal ini dan kami terima kenyataan itu.”

“Kami mendengar anda, pihak lembaga kelab Arsenal.”

Baca juga artikel kami mengenai European Super League:

Semua 6 Kelab EPL Tarik Diri Dari ESL, Dituntut Mohon Maaf Pada Penyokong

Bertentangan Dengan Sejarah, Tradisi & Budaya, Hanya ‘Penyokong Plastik’ Setuju Dengan ESL

5 Sebab Kenapa ESL Dibantah Keras Peminat Bola Sepak

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN