UCL 2020/21: Intipati Utama Dari Penantian 51 Tahun Man City Ke Perlawanan Akhir Eropah

Manchester City menyingkirkan cabaran Paris Saint-Germain (PSG) untuk mara ke perlawanan akhir UEFA Championns League pada musim ini. Mananti di perlawanan akhir nanti ialah sama ada Real Madrid, atau seteru Premier League, Chelsea.

Selepas memiliki kelebihan 2-1 dari perlawanan di Paris, Riyad Mahrez menjaringkan dua lagi gol untuk memastikan Man City mara dengan agregat 4-1. Ini adalah kali pertama Man City mara ke perlawanan akhir elit pertandingan eropah ini.

Intipati perlawanan

City memulakan perlawanan ini dengan ketakutan selepas pengadil Bjorn Kuipers memberikan sepakan penalti kepada PSG kerana bola terkena tangan Oleksandr Zinchenko. Penalti tersebut bagaimanapun dinafikan selepas semakan video mengesahkan bola sebenarnya terkena bahu.

City kemudian terus mendominasi perlawanan. Sepakan dari bahagian bawah oleh Ederson berjaya membeaskan Zinchenko yang kemudiannya melintangkan bola kepada Kevin De Bruyne. Percubaan pemain antarabangsa Belgium itu bagaimanapun dihadang sebelum bola muntah disempurnakan oleh Mahrez untuk gol pertama Man City pada minit ke-11 perlawanan.

Pasukan tuan rumah memastikan kemenangan menjadi milik mereka apabila Mahrez berjaya menjaringkan satu lagi gol pada babak kedua hasil gerakan serangan balas pantas yang dijana Phil Foden dan De Bruyne.

Seminggu selepas Idrissa Gana Gueye dilayangka kad merah dalam pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Paris, kini giliran Angel di Maria menerima nasib serupa selepas dipersalahkan kerana memijak Fernandinho.

Kontroversi perlawanan

Pemain PSG, Ander Herrera dan Marco Verratti mendakwa pengadil perlawanan Bjorn Kuipers tidak menghormati mereka.

Bercakap kepada RMC Sport selepas perlawanan, Herrera mendakwa Kuipers mengeluarkan kata kesat kepada Leandro Paredes.

“Kita selalu bercakap mengenai pemain harus menghormati pengadil, tetapi dia berkata f*&k 0*f kepada Paredes. Saya mahu mengingatkan sekiranya pemain yang berbuat demikian, maka kami akan digantung tiga atau empat perlawanan.

Verratti juga mendakwa dirinya diperlakukan dengan cara yang sama oleh pengadil.

“Begitu juga kepada saya. Dia berkata f*&k 0*f. Jika saya berkata f*&k you, pasti saya akan digantung 10 perlawanan. Ketika perlawanan memang saya kerap bercakap dengan pengadil. Tetapi saya tidak pernah berkata f*&k you.

PSG terkesan ketiadaan Mbappe

Kylian Mbappe berada di dalam skuad ke Etihad namun pemain antarabangsa Perancis ini berada di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan setelah gagal pulih dari kecederaan betis yang menimpanya. Mbappe sudah terlepas perlawanan menentang Lens pada hujung minggu lalu akibat kecederaan yang sama.

Ketiadaan Mbappe bermakna Pochettino terpaksa memulakan Mauro Icardi di samping Neymar di bahagian serangan. Ketiadaan Mbappe nyata menjejaskan PSG.

Icardi hanya berjaya menyentuh bola sebanyak 16 kali sebelum dikeluarkan dan digantikan oleh Moise Kean. Penyerang Itali itu beraksi secara pinjaman bersama PSG daripada Everton.

Ruben Dias pula beraksi dengan baik untuk Manchester City terutama dengan tugasan mengekang aksi dari Neymar.

Cuaca jejaskan perlawanan?

Babak pertama perlawanan berjalan di dalam keadaan padang yang teruk. Ini kerana permukaan padang di Etihad diselimuti oleh salji selepas berlakunya ribut. Pengadil berulangkali memastikan bola mampu bergolek di atas permukaan padang.

Pengadil berulang kali terpaksa memeriksa permukaan padang sebelum memulakan perlawanan. Pekerja stadium juga bekerja keras memastikan perlawanan mampu diteruskan.

Sejarah buat Man City

Ini adalah antara pencapaian terbesar di dalam sejarah Man City. Walaupun dominan di dalam pertandingan domestik sepanjang sedekad ini, City tidak melalui kejayaan yang sama di peringkat eropah sebelum ini.

Tiga musim berturut-turut sebelum ini, City terkandas di suku akhir, termasuk kekalahan pedih tewas kepada Tottenham pada 2019.

Dan sebelum itu, City tidak pernah mara melangkaui pusingan 16 atau saingan peringkat kumpulan.

Kejayaan menyingkirkan PSG bermakna City mara ke perlawanan akhir pertandingan eropah pertama mereka sejak 51 tahun yang lalu.

Bagi Pep Guardiola, penampilan terakhir beliau di peringkat yang sama ialah ketika masih bersama Barcelona 10 tahun yang lalu. Beliau membimbing Barcelona menewaskan Manchester United 3-1 di Wembley dalam perlawanan akhir tersebut.

Penutup

Perlawanan akhir Champions League pada musim ini sepatutnya akan diadakan di Stadium Olimpik Ataturk di Istanbul, Turki pada 29 Mei akan datang.

City akan beraksi menentang sama ada Chelsea atau Real Madrid yang akan beraksi dalam satu lagi separuh akhir pada awal pagi nanti.

Terdapat khabar angin mengatakan perlawanan akhir tersebut akan dipindahkan ke England sekiranya pertemuan melibatkan dua pasukan dari negara tersebut.

 

Baca artikel lain mengenai Champions League di sini:

‘Taktikal Tak Penting Dalam Champions League’

Kerana Burung, Sekumpulan Penyokong Tottenham Hotspur Terlewat ke Madrid

Valverde Sanggah Pendapat Klopp Persoal Aura Nou Camp

 

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN