Penyokong Arsenal, usahlah mengharapkan bulan muncul di tengah siang.
Hal ini kerana, pemilik kelab yang jelas sekali tidak disenangi oleh penyokong Arsenal iaitu Stan Kroenke tidak akan melepaskan pegangan saham beliau dalam kelab itu.
Kemarahan penyokong The Gunners terhadap Kroenke sudah lama di atas pelbagai isu terutamanya kurang kompetitifnya pasukan di jendela perpindahan untuk bersaing dengan kelab lain.
Namun, kemarahan itu telah melebihi tahap maksima baru-baru ini selepas Arsenal memilih untuk menyertai European Super League (ESL) yang dianggap satu pencabulan maruah kepada kelab mereka.
Kini, kemarahan itu dilihat akan berpanjangan selepas Kroenke memilih untuk tidak melepaskan kelab itu kepada orang lain.
Ianya disahkan menerusi anak Kroenke iaitu Josh dalam sesi bertemu dengan penyokong baru-baru ini.
Menurut Sky Sports, Josh mengatakan yang mereka masih lagi berasakan yang bapa serta keluarganya masih lagi merupakan orang yang tepat untuk mengemudi kelab London tersebut.
“Kami mungkin diletakkan dalam situasi yang sukar oleh pihak dari luar kelab.”
“Saya mungkin bertemu dengan individu yang tidak boleh dipercayai dan mempunyai skeptikal, tetapi merentasi masa saya berharap untuk meneguhkan hubungan dengan kumpulan penyokong dan tunjukkan yang kami mampu membawa kelab ini ke hadapan.”
Dalam sesi bertemu penyokong itu juga, Arsenal juga mendedahkan yang mereka akan mendapatkan jawapan dari penyokong terlebih dahulu sekiranya mereka mahu menyertai projek lain yang seakan ESL.
Selain itu, mereka juga telah meminta maaf kepada 14 kelab Premier League yang lain diatas perbuatan mereka yang merancang untuk berpisah dari liga tersebut dan membentuk sebuah pertandingan berasingan.
Baca juga artikel kami mengenai Stan Kroenke:
Akui Alpa Mahu Sertai ESL, Arsenal Mohon Maaf Kepada Penyokong
European Super League: Perangai Tidak Sedar Diri Man Utd, Liverpool, & Arsenal Dibidas
UEL 2020/21: Fakta-Fakta Menarik Kejayaan Arsenal & Man Utd Mara Ke Separuh Akhir