Kenali Daniel Ek, Pemilik Spotify Yang Berminat Beli Arsenal

Pengasas kepada laman penstriman dari Sweden iaitu Spotify dikatakan berminat untuk memberi kelab Premier League Arsenal.

Daniel Ek menyatakan niat tersebut melalui satu ciapan di Twitter semalam, tatkala api kemarahan penyokong The Gunners terhadap Stan Groenke masih lagi marak berikutan penglibatan beliau di dalam penyertaan Euroepan Super League.

“Ketika zaman kanak-kanak, saya masih ingat bagaimana saya memberikan sokongan kepada Arsenal. Sekiranya KSE (Kronke Sports Enterprise) berniat untuk menjual Arsenal, saya dengan gembiranya berminat untuk membeli,” ujar Ek.

Protes terhadap Kroenke & Arsenal

Arsenal merupakan salah sebuah dari enam kelab Premier League yang menyertai European Super League. Idea penyertaan itu bagaimanapun hanya bertahan 48 jam selepas enam pasukan tersebut menarik diri berikutan bantahan besar-besaran penyokong masing-masing.

Tidak kurang 2,000 penyokong The Gunners hadir untuk melakukan protes terhadap Kroenke sebelum perlawanan membabitkan Arsenal dan Everton pada awal pagi tadi (waktu Malaysia).

Rasa tidak puas hati penyokong The Gunners diluahkan melalui sepanduk yang dibawa ketika protes, dengan ada di antaranya melabel Kroenke sebagai ‘pontianak’ dan ‘iblis’.

Kronke kini berusia 73 tahun dan mulai memiliki pemilikan di dalam kelab London itu pada 2007. Namun sejak Kroenke tiba di Arsenal, kejayaan semakin menjauh daripada kelab Inggeris itu.

Sejak ketibaan Kroenke, Arsenal hanya meraih empat kejuaraan Piala FA, dan kali terakhir bersaing di UEFA Champions League pada musim 2016/17.

Siapakah Daniel Ek?

Danie Ek kini berusia 38 tahun dan merupakan jutawan yang mencipta nama melalui industri hiburan. Seperti yang dikatakan pada awal tadi, Ek adalah salah seorang individu yang menjadi pengasas kepada platoform penstriman muzik, Spotify bersama-sama dengan rakan niaganya, Martin Lorentzon.

Beliau kini menjawat jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spotify, dan melihat dirinya sebagai salah seorang penyokong tegar The Gunners.

Daniel Ek mulai membina Spotify selepas karier membina laman sesawang untuk tujuan bisnes kepada pelanggan, sebelum menerima tawaran jawatan bersama sebuah syarikat dikenali sebagai Tradera.

Tradera adalah sebuah syarikat yang berpengkalan di Scandinavia dan kemudiannya dimiliki oleh eBay pada 2006.

Spotify benar-benar membuka laluan kepada Ek untuk berdiri sendiri di dalam alam perniagaan, dan sehingga kini beliau boleh dianggap amat berjaya di dalam bidang penstriman muzik.

Menjelang 2017, syarikat tersebut telah meraih modal pelaburan sebanyak $2.5 billion, dan pada hari ini memiliki 345 pengguna di seluruh dunia.

Syarikat tersebut kini bernilai $67bn atau £48.2billion.

He co-founded Spotify after starting his career making websites for business clients before working in a senior role with Nordic auction company Tradera which was acquired by eBay in 2006.

Spotify was Ek’s big break and it’s fair to say he’s done pretty well.

By 2017, the company had raised $2.5 billion in venture capital and today has more than 345million users.

Spotify is now worth $67bn atau 275.34 billion.

Berapa kekayaan milik Ek?

Semakan terkini menunjukkan Ek kini memiliki kekayaan bernilai $4.5 billion atau RM18.08 billion.

Beliau memiliki 18.2% saham di dalam Spotify dan merupakan pemegang saham majoriti di dalam syarikat.

Kekayaan Ek hanya separuh daripada apa yang dimiliki Stan Kroenke, namun ia sudah cukup untuk beliau membeli Arsenal. Kroenke memiliki Arsenal dengan nilai £550 juta pada 2007. Beliau meningkatkan pemilikannya sebagai pemegang saham terbesar pada 2011.

Masalah terbesar bagi Ek ialah nilai Arsenal telah meningkat berkali ganda selepas itu, dan harus diingat nilai kekayaan Ek tidak bererti beliau memiliki pusingan tunai yang cukup untuk mendapatkan Arsenal.

Tetapi seperti Kronke, beliau boleh berbuat demikian dengan bantuan syarikat kewangan (pinjaman) atau menyertai mana-mana kumpulan konsortium sebagai salah seorang ahli yang memilki modal.

 

Baca juga artikel kami mengenai Arsenal:

Jangan Mimpilah Stan Kroenke Nak Jual Arsenal Tu!

Rekod Arteta Dalam 50 Perlawanan Pertama Arsenal Jauh Lebih Teruk Dari Emery

Dennis Bergkamp: Raja Zon 14 Dari Belanda Dan Legenda Arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN